Hari Peradaban Bangsa Melayu angkat kembali jati diri, bukan rasis

PEMBELA menolak dakwaan pihak tertentu yang menuduh Hari Peradaban Bangsa Melayu pada Sabtu ini kononnya bersifat rasisme, penindasan atau kolot.

Sebaliknya, program itu hanyalah bertujuan untuk mengangkat kembali jati diri orang Melayu supaya kembali menjadi sebuah bangsa yang mulia dan dihormati.

Perkara itu dijelaskan Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya sebagai menjawab persoalan dan kritikan yang diterima terhadap penganjuran dan agenda mengangkat peradaban bangsa Melayu.

“Padahal apabila sebut mengenai peradaban bangsa lain, boleh pula pandang dari sudut budaya, kemasyarakatan dan keizzahan.

“Oleh itu, saya ingin bercerita mengenai isi hati dan sisi pandang saya mengenai ‘Peradaban Bangsa Melayu’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, peradaban membawa makna satu sistem kehidupan lahiriah dan rohani yang boleh mengangkat kemanusiaan ke aras tertinggi.

Sementara, peradaban bangsa Melayu pula memberi makna satu sistem kehidupan yang berteraskan nilai dan budaya orang Melayu yang mampu mengangkat bangsa ini sebagai mulia dan dihormati.

“Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu bukan sebuah bangsa yang lemah dan penakut. 

“Sebaliknya, orang Melayu terkenal sebagai sebuah bangsa yang berdikari, kuat beragama, bersopan santun, menghormati orang lain dan menjaga akhlak,” katanya.

Bagaimanapun, Aminuddin berkata, penjajahan selama lebih 460 tahun telah menekan dan ‘membasuh’ bangsa Melayu dari pelbagai aspek menyebabkan mereka hilang jati diri.

Justeru, Hari Peradaban Bangsa Melayu pada 30 Julai ini bukan sekadar memaparkan sejarah lampau atau menghidupkan kesenian, tetapi menjangkau lebih jauh dengan melihat masa hadapan dunia sebagai wadah kebangkitan.

“HPBM akan menggabungkan antara kemodenan teknologi dengan kemuliaan budaya bangsa yang berteraskan asas agama.

“Ertinya, kecanggihan teknologi tidak harus menggadaikan keindahan adat resam bangsa Melayu dan kemuliaan agama Islam,” katanya.

Selain itu, katanya, program itu juga akan berusaha mengangkat nilai-nilai tinggi orang Melayu dan meyakinkan anak bangsa bahawa mereka bukan bangsa sebarangan, tetapi satu bangsa yang mulia dan tinggi.

“Kita mahu menaikkan semangat dan menerapkan keyakinan bahawa orang Melayu mampu bersaing dengan lain dan tidak mudah kalah.

“Kerosakan hari ini bukan sesuatu yang perlu dirintih semata-mata, tetapi perlu dibaiki dan dibangunkan kembali,” katanya.

Menurut Aminuddin, nilai-nilai buruk yang sering dikaitkan dengan bangsa Melayu perlu dihakis dan dibuang jauh.

“Kita sedar ini adalah proses yang panjang, tetapi kita sebagai seorang Melayu punyai tanggungjawab untuk usahakannya. HPBM ini antara usaha saya dan rakan-rakan untuk mencapai objektif ini.

“Kalau hanya pandai berpeluk tubuh, merungut dan mengutuk bangsa sendiri, apa faedahnya?

“HPBM menolak elemen negatif ini dan berusaha menyerapkan nilai-nilai murni yang boleh mengembalikan jati diri bangsa Melayu yang akhirnya akan menjadi pemangkin dan teras kepada kecemerlangan negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Program Peradaban Bangsa Melayu bakal menghimpunkan 50,000 pengunjung, selain menjadi tarikan pelancong luar dengan menampilkan beberapa perkara melibatkan kehebatan masyarakat Melayu di negara ini.

Program julung kali itu bakal diadakan di Padang Merbok dan akan dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Antara yang akan ditampilkan termasuklah pameran busana Melayu, seni persilatan, keris dan perarakan sempena Maal Hijrah.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker