Limitasi bebas bersuara
SEJAK kebelakangan ini kita merasakan penghinaan terhadap agama dan bangsa makin menjadi-jadi.
Mereka melakukan perkara tersebut atas nama kebebasan bersuara yang didakwa tidak boleh disekat walaupun melalui undang-undang.
Seringkali mereka menampilkan norma Barat sebagai neraca kebebasan walaupun sebenarnya di Barat terdapat juga sekatan.
Mereka berpandangan hak peribadi itu mengatasi hak umum.
Pandangan sebegini sangat menggusarkan kerana kepentingan awam tidak diambil kira dalam sesuatu tindakan itu.
Walaupun orang awam merasa jelik, mereka masih mahu mempertahankan ‘hak’ peribadi yang dikatakan tidak terbatas itu.
Dalam masyarakat kita yang penuh beradab sopan disemai dengan nilai-nilai ketimuran dan agama ini, sensitiviti beragama dan kaum mestilah diberikan perhatian utama.
Tidak semua nilai yang diimport dari Barat atau yang dikatakan bersifat universal itu sesuai disemai di bumi Malaysia.
Apatah lagi kita mempunyai Perlembagaan sendiri yang unik bagi menjamin keamanan di dalam negara.
Namun ia tidaklah bermakna kezaliman boleh dilakukan kepada mana-mana orang termasuk golongan minoriti.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa perkara yang menyebut tentang kebebasan asasi.
Walaupun Perlembagaan menjunjung kebebasan asasi ini, tetapi ia tidaklah bersifat tanpa sebarang batasan.
Undang-undang masih boleh dibuat bagi menyekat dan mengawal kebebasan asasi ini untuk menjamin kepentingan umum dapat dipertahankan.
Kebebasan bersuara tanpa batasan akan menjurus kepada rasa tidak puas hati masyarakat awam dan akhirnya akan menjerumus negara ke lembah perpecahan dan kucar-kacir.
Disebabkan inilah kebebasan tersebut perlu dikawal oleh undang-undang.
Mungkin kita tidak berasa apa-apa jika yang dihina itu adalah orang lain tetapi jika kita sendiri yang terkena hinaan itu, pasti kita tidak berdiam diri serta mengambil tindakan bagi mengembalikan maruah kita.
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen kompromi masyarakat ketika itu yang mahukan negara yang cemerlang bebas dan aman. Semua bangsa duduk bersama mendambakan keamanan tersebut mengenali budaya dan agama setiap kaum dan mengamalkannya dengan toleransi tanpa menyentuh sensitiviti.
Namun generasi baharu seolah-olah melupakan toleransi nenek moyang kita kerana terpengaruh dengan naratif kebebasan bersuara tanpa had. Malah ada yang mencari populariti dengan sengaja mengguris perasaan orang ramai. Hal ini amat menyedihkan kita.
SENSITIVITI KAUM DAN AGAMA
Mereka gagal memahami kesan yang akan terzahir jika sekatan kepada kebebasan bersuara ini dilonggarkan.
Lihat sahaja reaksi yang berlaku apabila sebuah kelab yang didakwa melakukan jenaka terkait dengan sensitiviti kaum dan agama disimbah dengan cat merah.
Saya tidak menganjurkan reaksi sebegini yang melampaui undang-undang.
Tetapi kalau akar umbi isu ini, iaitu kebebasan bersuara tanpa had tidak dikawal mungkin reaksi yang lebih teruk akan berlaku pula.
Akhirnya keamanan dalam negara akan terhakis.
Sudah sampai waktunya kerajaan mengambil pendirian tegas di dalam hal ini.
Golongan yang mahukan kebebasan bersuara tanpa had tidak perlu dilayan lagi kerana ia akan memudaratkan negara.
Mungkin juga kita perlu masukkan peruntukan baharu di dalam Perlembagaan mengenai kewajipan rakyat kerana selama ini kita hanya bercakap mengenai hak rakyat sahaja.
Perlembagaan India umpamanya mempunyai peruntukan khusus mengenai kewajipan rakyat dalam menjunjung aspirasi negara.
Mungkin juga kita perlukan suatu undang-undang khusus bagi menangani isu perkauman dan agama di Malaysia supaya isu penghinaan kaum dan agama ini dapat dikawal dari terus membarah di dalam masyarakat kita.
Hal ini sangat penting kerana kita tidak perlu menunggu sehingga nasi menjadi bubur di mana ketika itu sudah terlambat bagi kita mengambil sebarang tindakan.
Mengawal kebebasan bersuara bukanlah bermakna kita menyekat kebebasan asasi atau mahu menakut-nakutkan rakyat.
Apa yang ingin dikawal ialah perkara-perkara yang melampau dan terkait dengan sensitiviti masyarakat dan beragama sahaja. Kepentingan awam hendaklah diutamakan berbanding kepentingan peribadi.
Oleh itu tindakan tegas hendaklah diambil terhadap mereka yang melanggar batasan ini.
Perbuatan mereka tidak boleh dibiarkan berleluasa sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.
* Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ialah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.