Konvensyen BN Selangor cari formula tawan semula negeri

Konvensyen BN Selangor cari formula tawan semula negeri

Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor yang akan diadakan pada 31 Julai dilihat menjadi platform untuk mencari formula bagi menawan semula negeri itu.

Pengerusi BN Selangor, Noh Omar, berkata konvensyen yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah alam itu, merupakan medan bagi parti komponen itu menghasilkan resolusi, untuk mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Jentera kita di Selangor memang sudah bersedia, kita mahu kukuhkan lagi pergerakan jentera sedia ada di negeri ini,” katanya selepas merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Tanjong Karang 2022, di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).

Noh yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi, berkata seramai 500 ahli daripada parti komponen BN di setiap Parlimen di negeri itu, dijangka menghadiri konvensyen itu.

“Di dalam konvensyen itu nanti, akan ada forum politik dan ekonomi oleh ahli panel, yang terdiri daripada tokoh ekonomi daripada kaum Melayu, India dan Cina.

“Selain itu, kita turut mengadakan bengkel dan daripada forum dan bengkel itu nanti kita akan menghasilkan satu resolusi mengenai BN serta bagaimana cara memenangi semula negeri Selangor pada PRU15,” katanya.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang, berkata konvensyen itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi. FMT

Konvensyen BN Selangor cari formula tawan semula negeri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker