Bekalan berlebihan punca ayam jadi gemuk
Bekalan berlebihan punca ayam jadi gemuk
Isu ayam gemuk yang dijual di pasaran pada masa ini tidak menjadi masalah, sebaliknya pengguna boleh membuat pilihan masing-masing untuk membeli ayam mengikut saiz dikehendaki.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata bekalan ayam kini mencukupi dengan harga yang stabil, malah bekalan daripada penternak sudah berlebihan dan ada yang dijual melebihi 40 hari menyebabkan saiz dan beratnya lebih besar daripada ayam standard.
“Sebenarnya pembeli ada pilihan masing-masing, sama ada ayam kecil atau besar, mereka boleh pilih, jadi tiada masalah.
“Bekalan ayam sudah stabil, bahkan sekarang berlebihan. Sebenarnya ayam ini dalam 34 hari sudah cukup untuk dipasarkan, tetapi apabila bekalan terlebih, maka lambatlah ayam dipasarkan, jadi ia akan makan lebih dan menjadi besar.
“Ada yang lebih 40 hari baru dijual, tetapi jangan bimbang ia tidak menimbulkan apa-apa masalah,” katanya pada sidang media pada Majlis Perasmian Road To MAHA Zon Selatan di Angsana Johor Bahru Mall di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip serta Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Ahmad berkata, pengeluaran ayam sehingga Julai lalu sebanyak 2.01 juta sehari, namun hanya digunakan sebanyak 1.8 juta ekor sehari saja.
Beliau turut menafikan, isu ‘ayam gemuk’ itu dikaitkan dengan tindakan penternak ayam yang menyorokkan bekalan.
Sementara itu, mengulas pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, Ahmad berkata, acara dwitahunan itu diadakan secara hibrid iaitu fizikal dan maya.
“MAHA kali ini diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara maya berikutan keadaan negara yang masih pada fasa endamik, namun kita mematuhi peraturan ditetapkan supaya sama-sama menghormati usaha mengekang penularan COVID-19.
“Lokasi MAHA masih di MAEPS, Serdang kerana kawasan ini cukup strategik membabitkan semua segmen seperti pertanian dan penanaman, penternakan atau agrikultur,” katanya.
Ahmad berkata, MAFI sudah membuat persediaan bagi menerima kehadiran pengunjung yang dijangka seramai 100,000 sehari atau 1.1 juta sepanjang tempoh 11 hari penganjuran acara itu.
Pada masa sama, katanya, MAHA 2022 selain mempamerkan produk pertanian, turut memberi peluang usahawan dan syarikat berkaitan pertanian membuat padanan perniagaan, sekali gus menyumbang kepada hasil jualan dijangka mencapai RM250 juta kali ini.
“Pada 2018, MAHA merekodkan kehadiran 3.3 juta pengunjung, tetapi kali ini kita sasarkan hanya 1.1 juta saja memandangkan kita menggunakan kaedah hibrid dengan jual beli turut berlaku secara dalam talian.
“Selain pertanian, kita juga menekankan tanaman secara moden supaya kita dapat menarik minat golongan muda dan mengikuti pengedaran zaman yang beralih kepada kecanggihan teknologi,” katanya. BH
Bekalan berlebihan punca ayam jadi gemuk
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose
You must be logged in to post a comment.