Konsert Justin Bieber di Malaysia 22 Oktober ini diteruskan

PETALING JAYA: Peminat di negara ini dijangka berpeluang menyaksikan persembahan Justin Bieber di depan mata selepas penyanyi pop itu mengumumkan akan menyambung semula siri jelajah Konsert Justice bermula 31 Julai ini.

Penyanyi kelahiran Kanada itu dijadualkan mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 22 Oktober depan.

Selain Malaysia, Justice World Tour akan menemui peminat di negara Asia lain seperti di Jakarta, Nagoya, Osaka dan Tokyo.

Lebih 100 tarikh telah diumumkan untuk konsert jelajah dunia ini sepanjang tahun 2022 hingga 2023 termasuk di Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Asia Barat dan Asia.

Bulan lalu, pelantun lagu Baby itu memaklumkan terpaksa menunda konsert jelajahnya di Washington DC, Toronto dan New York serta diikuti beberapa siri di Amerika Utara apabila diserang sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan wajahnya lumpuh sebelah.

Awal tahun lalu, harga tiket bagi konsert di KL yang dijual bermula dari RM288 hingga RM1,088 mencetuskan spekulasi selepas peminat di negara ini dikatakan sanggup mendapatkan tiket tersebut ketika negara berdepan kenaikan harga barang.

Peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan penyanyi itu berharap konsert tersebut berjalan seperti dijadualkan di negara ini.

“Kalau tiba-tiba konsert Justin Bieber batal lagi sekali, sumpah aku mengamuk ya. Dah habis banyak ni,” tulis Siti.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker