Ahli Parlimen perlu tahu adab berhujah

SHAH ALAM – Tindakan sesetengah wakil rakyat mengeluarkan perkataan kesat dan lucah ketika berbahas di Parlimen merupakan perkara serius yang tidak sepatutnya berlaku, kata Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.

Beliau berkata, sikap itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia hanya memburukkan lagi persepsi negatif orang awam terhadap institusi tersebut.

“Saya fikir alasan mengatakan tindakan ini dilakukan kerana provokasi dan sebagainya adalah tidak wajar. Setiap ahli Parlimen harus mengetahui landas peraturan dan adab berhujah atau berbahas di Parlimen.

“Di sekolah kita diajar tentang adab dan disiplin. Lagipun, pada masa ini, pandangan rakyat terhadap orang politik dan ahli Parlimen sangat rendah. Jadi ia tentunya tidak sesuai dengan apa yang kita mahukan pada masa ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Pada Khamis, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun memberi jaminan akan meneliti lebih lanjut sebelum mengambil sebarang keputusan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang didakwa mengeluarkan kata kesat dan lucah dalam sidang Dewan Rakyat sehari sebelum itu.

Tajuddin pada Rabu ‘naik angin’ di Dewan Rakyat dengan menggelar beberapa ahli Parlimen wanita DAP dengan kata tidak sopan.

Beliau bertindak demikian bagi membidas dakwaan daripada Teo Nie Ching (PH-Kulai) bahawa dirinya sering membuat kenyataan berbaur seksisme kepada ahli Parlimen wanita.

Susulan itu, sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual terganggu lebih 10 minit berikutan berlaku pertikaman lidah antara Tajuddin dan beberapa ahli Parlimen pembangkang.

Dalam pada itu, Johan berkata, Speaker Dewan Rakyat perlu mengawal dengan baik bagi menangani isu sedemikian yang menurutnya bukan kali pertama berlaku.

 

Johan Jaaffar
Johan Jaaffar

 

Jelas Johan, sikap tidak sopan itu didapati hanya membabitkan ahli Parlimen old school dan bukan dalam kalangan generasi baharu.

“Sebab itu kita perlukan darah muda di Parlimen kerana mereka ada kesedaran lebih baik dan hidup dalam dunia yang sama sekali berbeza kerana lebih menghormati rakan mereka di Parlimen khususnya golongan wanita,” katanya.

‘Cakap hanya perkara berfaedah’

Sementara itu, Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari berpandangan wakil rakyat yang dipilih perlu menitikberatkan perbincangan ke arah kebaikan dan kebajikan rakyat.

Ujar beliau, rakyat perlu memilih pemimpin yang terbaik dan pilihan itu perlu dibuat berdasarkan tiga perkara iaitu ketokohan, kebijaksanaan dan kesopanan.

“Secara umumnya, apabila terpilih menjadi wakil rakyat dan bersidang di Parlimen, bercakaplah apa-apa yang memberi faedah kepada rakyat bukannya serang tanpa memikirkan keperluan untuk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Sasterawan negara, Datuk Dr Zurinah Hassan akui kesal dengan tindakan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang Dewan Rakyat pada Rabu yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, sebagai ahli Parlimen, mereka sepatutnya tahu batas-batas tutur percakapan ketika berbahas dan belajar daripada pengalaman mereka sebelum ini.

“Memang perlu berhati-hati bila bercakap. Selalu orang kata yang ahli Parlimen ini kena belajar bercakap dan berbahasa tetapi masih sukar (untuk diubah),” katanya.Ujar Zurina, kenyataan dikeluarkan oleh Tajuddin itu tidak sepatutnya diungkapkan.

“Beratnya menjaga kesopanan itu, bukan wanita sahaja tetapi lelaki juga,” ujar beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker