Afdlin Shauki, Christina Orow Umum Bercerai “Kebahagiaan Kami Diuji Ketika Pandemik”
Afdlin Shauki, Christina Orow Umum Bercerai “Kebahagiaan Kami Diuji Ketika Pandemik”
Tiada angin tiada ribut, isteri pelakon Datuk Afdlin Shauki, Datin Maria Christina Orow Abdullah mendedahkan ‘mahligai’ yang dibina pasangan itu hampir 25 tahun telah runtuh.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Maria memaklumkan hubungan antara kedua-dua mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemik sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu.
“Ketika pandemik COVID-19 melanda, kehidupan saya dan Afdlin mula berubah, seakan berlaku salah faham. Meskipun kami cuba untuk mendapatkan kembali kehidupan normal itu, namun tidak berjaya apabila masing-masing mengambil keputusan untuk memilih jalan sendiri,” katanya dalam satu hantaran pada Jumaat.
Maria turut memberitahu, hanya tinggal beberapa bulan untuk pasangan itu untuk menyambut ulang tahun ke-25 perkahwinan mereka.
“Namun saya dan Afdlin membuat keputusan bahawa kami akhirnya mengumumkan bercerai pada April lalu.
“Keputusan dibuat agak pantas, mungkin kerana tidak dapat dielakkan, dan kerana kami melakukannya tidak melihat sebagai seorang musuh atau pengakhiran kepada hubungan kami,” katanya.
Maria memberitahu, dia membuat pengumuman itu sekarang kerana sudah memasuki tiga bulan tempoh iddahnya tamat.
“Sebenarnya hidup kami berjalan dengan sempurna, melihat anak-anak membesar menjadi insan yang mula bertanggungjawab terhadap kehidupan masing-masing dan menjadi satu pasukan kreatif mengembangkan syarikat bersama-sama.
“Perpisahan ini berlaku berperingkat apabila kami mulai membuat keputusan secara peribadi, sendiri,” katanya.
Selain itu, Maria turut memberitahu tanggungjawabnya bersama Afdlin dalam membesarkan anak-anak masih diteruskan dan perpisahan itu bukanlah penyebab untuk mereka tidak menyokong antara satu sama lain.
“Kami masih ibu dan bapa kepada anak-anak kami, kerana kami selalu percaya kami masih boleh saling menyokong dan menyayangi antara satu sama lain seperti sebuah keluarga normal.
“Suatu masa, pada akhirnya setiap orang akan menjalani kehidupan mereka sendiri dan apa yang kami lakukan ini bukanlah ingin mencerminkan kehidupan mereka, kerana kami masih sentiasa bersama anak-anak kami.
“Perpisahan pada saya bukan satu kemusnahan di dalam hubungan kami, sebaliknya kami masih boleh berkawan baik dalam meneruskan kehidupan peribadi masing-masing.
“Saya tahu Afdlin akan terus menyokong saya sebagai seorang sahabat dan soulmate, begitu juga saya akan menyokong dia dalam kerjayanya kerana kehadiran dia dalam hidup saya adalah suatu makna yang berharga,” katanya lagi.
Justeru, Maria berharap orang ramai menghormati keputusan yang diambil mereka.
“Kami berharap bahawa rakan-rakan dan keluarga jangan rasa sedih, dan orang ramai boleh menerima ini sebagai satu kehidupan yang agak normal dan teratur yang dilalui oleh ramai orang.
“Kami meminta keluarga kami dan khususnya privasi anak-anak kita dihormati dan semoga semua selamat, sihat dan bahagia,” jelas Maria.
Pasangan itu bergelar suami dan isteri pada tahun 1997 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Anak sulung mereka, Mia Sara, turut berkecimpung dalam bidang lakonan dan kini membintangi drama rantaian popular Histeria The Series.-AA
Afdlin Shauki, Christina Orow Umum Bercerai “Kebahagiaan Kami Diuji Ketika Pandemik”
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur