Wanita terjun sungai selepas kereta api terbakar
BOSTON – Seorang penumpang wanita yang berada di dalam kereta api sedang terbakar di Boston, Massasuchets bertindak di luar kebiasaan dengan terjun ke dalam Sungai Mystic berbanding melarikan diri di atas landasan, lapor akhbar New York Post semalam.
Video tular yang dirakam dari dalam kereta api semasa kejadian menunjukkan ramai penumpang memanjat melalui tingkap kereta api dan melarikan diri di atas landasan. Kejadian berlaku ketika tren itu berada di sebuah jambatan.
Namun, salah seorang daripada mereka memilih untuk terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan diri.
“Seorang penumpang wanita tidak dikenali melompat dari jambatan di mana kereta api itu terhenti terus ke dalam sungai.
“Bot marin kami kebetulan berada di sungai untuk latihan dan segera bergegas ke lokasi wanita itu terjun, namun dia enggan masuk ke dalam bot. Anggota kami memberikannya jaket keselamatan dan dia terus berenang ke tebing dan berlalu pergi,” kata Ketua Jabatan Bomba Somerville, Charles Breen.
Kereta api Orange Line itu melintasi Sungai Mystic apabila terbakar sejurus sebelum pukul 7 pagi (waktu tempatan).
Pihak berkuasa berkata, seramai 200 penumpang dipindahkan dari kereta api itu yang menuju ke stesen Somerville. Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.
MBTA berkata perkhidmatan kereta api disambung semula menjelang pukul 10.30 pagi hari yang sama. Punca kebakaran belum didedahkan oleh pihak berkuasa. – Agensi
Wanita terjun sungai selepas kereta api terbakar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wartawan Israel siar video pengalaman curi masuk ke kota suci Mekah
- Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail
- Isu Sulu: Menang mudah jika berhujah di Mahkamah Madrid
- Rafizi tahu Anwar tak popular lagi – Mahathir
- Lelaki didenda RM50,000 kerana hina Islam
- Dua tan sampah dikutip di rumah suami isteri degil
- Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol
- Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah
- Tarik subsidi petrol sekarang ibarat curah minyak ke dalam api – Tok Mat
- Klasik, ikonik… NOKIA Kembalikan Nostalgia Dengan Model Legenda 8210 Yang Diperbaharui
- Saya sokong Nuramira calon tilawah Quran – mufti P Pinang
- Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis
- DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun
Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur
MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose