Bisikan ‘abah’ jadi penguat semangat

Nik Mohamad Adhar (tengah) bersama kedua ibu bapa yang menjadi tulang belakang kehidupannya.

PUTRAJAYA- Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Nik Mohamad Adhar Nik Ismadi,22, yang rebah dalam pembarisan semalam menyifatkan bisikan ayahnya tatkala memeluk dia di lapangan kawad menjadi penguat semangat untuk terus bertahan.

Menurut anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu, dia berasa bersyukur dengan kasih sayang dipamerkan ayahnya, Abdul Aziz Ya’acob,60, yang sanggup berpanas di lapangan kawad semata-mata mahu memberikan semangat untuk terus bertahan.

“Sebenarnya, pada hari kejadian saya tidak sihat kerana demam sejak beberapa hari lalu. Ketika istiadat perbarisan, saya pitam sebanyak tiga kali di mana kali pertama jatuh dapat bangun semula dan apabila rebah kali dua, abah datang untuk memberikan semangat.

“Bagaimanapun, selepas beberapa minit, saya pitam buat kali ketiga dan pegawai perubatan bertugas terpaksa membawa keluar daripada istiadat perbarisan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Nik Mohamad Adhar yang rebah ketika berkawad sebelum dibantu oleh bapa saudaranya.

Semalam, perkongsian Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai kejadian itu mencuri tumpuan umum apabila beliau menyifatkan tindakan Abdul Aziz sebagai cerminan kasih sayang tidak berpenghujung individu bergelar ayah kepada seseorang anak.

Menerusi hantaran Alexander, Abdul Aziz dilihat berlari ke padang kawad ketika istiadat perbarisan sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Malaysia di Kajang, Selangor semata-mata mahu mengangkat anaknya yang pitam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai impian terhadap keluarganya, dia yang kini bertugas di Tawau, Sabah berhasrat untuk membalas budi kepada kedua orang tuanya meskipun meraka berstatus ibu dan ayah saudara.

“Janji saya tidak akan melupakan keluarga dan akan terus mendoakan agar syurga menjadi milik mereka. Kedua-duanya sudah bantu anak yatim seperti saya sejak kecil dan menganggap seperti anak sendiri.

“Mereka juga tidak pilih kasih dalam membesarkan kami tujuh beradik, semuanya dilayan sama rata. Moga syurga dan segala kebaikan dikurniakan Allah buat kedua-dua raja dan permaisuri hati saya,” ujarnya.

Nik Mohamad Adhar merupakan anak yatim dan dijaga oleh Abdul Aziz dan isterinya, Rosmawati Ismail,53, sejak usia tiga bulan selepas kematian ibu kandung pada usia itu sebelum ayah kandungnya menghembuskan nafas terakhir ketika dia berusia tujuh tahun. -KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker