Ujian penerbangan jet KF-21 Korea Selatan berjaya
SEOUL – Korea Selatan melengkapkan penerbangan sulung jet pejuang buatan tempatan, KF-21 semalam ketika Seoul berusaha mengukuhkan keupayaan pertahanan di tengah-tengah ancaman negara jirannya, Korea Utara, lapor agensi berita United Press International.
Jet KAI KF-21 Boramae itu berlepas dari sebuah pangkalan tentera udara di Sacheon, kira-kira 297 kilometer (km) ke selatan Seoul. Ia berjaya melengkapkan penerbangan selama lebih 30 minit, kata Pentadbiran Program Pengambilalihan Pertahanan dalam satu kenyataan.
Aset yang dibangunkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries itu merupakan sebahagian daripada projek bernilai AS$6.67 bilion (RM29.67 bilion) bertujuan untuk menggantikan pesawat pejuang lama F-4 dan F-5.
Ia juga merupakan alternatif lebih murah berbanding jet halimunan buatan Amerika Syarikat, F-35 Lightning II.
Program KF-21 bermula pada 2015 dan berdepan pelbagai cabaran termasuk pembayaran tertunggak daripada rakan kongsi pembiayaan, Indonesia serta keengganan Washington berkongsi paten teknologi utama.
Ujian penerbangan dijangka berlangsung selama empat tahun dengan kira-kira 2,000 latihan tempur dilakukan sebelum pengeluaran besar-besaran bermula. Ia dijadual memulakan perkhidmatan pada 2026.
Korea Selatan menganggap Boramae sebagai pesawat pejuang generasi ke-4.5, versi kurang halimunan bagi generasi kelima F-35.
Seoul sebelum ini melancarkan prototaip KF-21 pada April 2021 dan mengumumkan pelan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 40 jet sedia tempur menjelang 2028 dan 120 pada 2032.
Menerusi kejayaan penerbangan KF-21, Korea Selatan muncul sebagai negara kelapan dunia yang membangunkan jet pejuang supersonik secara domestik selain Amerika Syarikat, Russia, China, Jepun, Perancis, Sweden dan konsortium Eropah. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi
You must be logged in to post a comment.