Honda Civic Hilang Di Genting Highlands Dijumpai Di Putrajaya

Honda Civic Hilang Di Genting Highlands Dijumpai Di Putrajaya

BENTONG: Sebuah kereta jenis Honda Civic Type R milik seorang lelaki warga Singapura yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu di Genting Highlands ditemukan di Putrajaya pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memberitahu, kereta milik lelaki berusia 28 tahun itu ditemui di kawasan tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Putrajaya oleh pengawal keselamatan premis tersebut pada jam 7.48 malam.



Menurutnya, siasatan pihak polis mendapati kenderaan tersebut didaftar masuk ke kawasan kondominium berkenaan kira-kira jam 6 pagi, Sabtu lalu.
“Pihak polis telah menghubungi mangsa dan memaklumkan penemuan semula kereta miliknya.

“Sebelum ini, lelaki tersebut yang bekerja sebagai eksekutif operasi di Singapura bercuti di Genting Highlands telah meletakkan kenderaan miliknya pada Jumaat lalu kira-kira jam 12.40 tengah hari di tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah di pusat peranginan terbabit.

“Mangsa menyedari keretanya hilang pada Sabtu lalu pada jam 6 petang dan telah membuat laporan polis pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, ketika kereta itu ditemukan, warna asal kenderaan berkenaan juga telah ditukar kepada warna lain.

“Usaha menjejaki suspek yang dipercayai terlibat sedang giat dijalankan oleh pihak polis berdasarkan rakaman beberapa kamera litar tertutup yang diperolehi,” katanya.



Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.-SH

Honda Civic Hilang Di Genting Highlands Dijumpai Di Putrajaya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker