Elakkan tidur bersama syaitan. Ini amalan yang Baginda s.a.w. tidak pernah tinggal sebelum tidur

Elakkan tidur bersama syaitan. Ini amalan yang Baginda s.a.w. tidak pernah tinggal sebelum tidur

Elakkan tidur bersama syaitan. Ini amalan yang Baginda s.a.w. tidak pernah tinggal sebelum tidur

Sebelum tidur Rasulullah s.a.w. akan mengibas tempat tidurnya, sebagaimana yang disebut dalam hadis dari Abi Hurairah r.a. beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Apabila seseorang itu hendak tidur maka hendaklah ia mengibas–ngibas tempat tidurnya dengan kain sarungnya kerana sesungguhnya ia tidak tahu apa yang ada padanya selama ia meninggalkannya kemudian hendaklah ia menyebut: (terjemahannya) Dengan nama Mu wahai Tuhanku aku letakkan lambungku dan dengannya (nama Mu) juga aku bangkitkan ia, sekiranya Engkau tahan nyawaku (dengan kematian) maka rahmatilah ia, sekiranya Engkau lepaskan (membiarkan aku hidup) maka peliharalah ia seperti Engkau pelihara golongan solihin.” HR Bukhari & Muslim



Berdasarkan hadis tersebut, ia menerangkan sebahagian daripada adab-adab ketika hendak masuk tidur iaitu membersihkan tempat tidur daripada kekotoran atau perkara-perkara yang mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan kepada kita.

Malah ia turut memberi gambaran kepada kita bahawa salah satu sunnah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah mengibas-ngibaskan tempat tidur sebelum kita merebahkan badan.

Ia bukanlah adat atau petua orang Melayu lama yang diketahui umum, bahkan sekiranya ia memang petua pun maka ia sangat wajar diamalkan sebagai satu adab kenabian yang mulia.

Terdapat satu riwayat yang dibawakan oleh al-Khara’tiy dalam kitab Mabadi’ al-Akhlaq daripada Abi Umamah yang mengatakan bahawa syaitan suka mengganggu dengan mendatangi tempat tidur seseorang lelaki yang telah disediakan oleh isterinya lalu syaitan itu mencampakkan sesuatu di atas tempat tidur tersebut yang menyebabkan suami akan memarahi isterinya.

Selain itu, Nabi s.a.w juga mengajar kita agar berdoa seperti yang disebutkan di atas. Doa ini memperingatkan kita tentang hakikat tidur itu yang merupakan kematian yang kecil dan roh manusia boleh diambil oleh Allah S.W.T. semasa tidurnya. Firman Allah dalam surah al-Zumar: 42:



“Allah (yang menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya)”

Berzikir sebelum tidur

Antara amalan-amalan lain yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah membaca tiga surah iaitu al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sambil tangan diangkat seperti berdoa.

Selesai membaca surah-surah tersebut hendaklah ditiup pada tapak tangan kemudian disapu ke seluruh anggota badan. Kaedah ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali. Malah banyak lagi doa-doa sebelum tidur yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. antaranya membaca surah al-Sajadah dan surah al-Mulk sebelum tidur agar menjadi amalan.

Sunnah juga berzikir dengan bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali seperti yang dilakukan selepas solat. Selain itu, Nabi s.a.w. juga dikatakan berzikir sehingga Baginda tertidur.



Kita juga dinasihatkan supaya mengambil wuduk sebelum tidur. Dengan demikian menjauhkan diri daripada gangguan iblis yang sememangnya gemar dengan orang yang masih dalam keadaan tidak suci.

Sabda Baginda s.a.w. di dalam hadis riwayat Ibnu Hibban,

“Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hamba Mu si fulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci”

Rasulullah juga tidur secara mengiring sebelah kanan iaitu dengan tangan kanan diletakkan di bawah pipi kanan yang merupakan suatu sunnah.



Imam an-Nasai’e dengan sanad yang sahih, juga disebut oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad dan dihurai panjang oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari meriwayatkan dari al-Barra’

Apabila Nabi s.a.w. hendak tidur malam, beliau meletakkan tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan lalu berdoa, “Ya Allah, lindungilah aku dari azab Mu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hamba Mu”.

Terbukti berkesan dari sudut sains

Hasil kajian saintifik juga menunjukkan bahawa cara tidur Rasulullah s.a.w. merupakan cara tidur yang terbaik dari sudut kesihatan.

Kajian ini pernah dilakukan oleh sepasukan saintis yang diketuai oleh Profesor Dr. Jamaludin Ibrahim, yang merupakan seorang profesor berbangsa Arab Mesir bertugas di California, Amerika Syarikat. Ia dilakukan bagi mengajak masyarakat agar tidak bergantung pada bahan kimia sebagai ubat sebaliknya kembali kepada sesuatu yang tabi’i.



Antara dapatan yang diperoleh ialah cara tidur sebegini memberikan kerehatan kepada tubuh manusia dengan segera. Kebaikannya membolehkan seseorang tidak lagi perlu kepada ubat tidur khasnya yang mengidap penyakit disebabkan kebimbangan dan kemurungan.

Kajian ini turut dilakukan ke atas kanak-kanak di United Kingdom dan menunjukkan bahawa kanak-kanak akan tidur dengan segera dan tidak mengalami mimpi ngeri. Posisi ini juga baik bagi jantung manusia kerana mampu berfungsi dengan beban yang minimum.

Selain itu apabila seseorang yang mengalami tekanan sebenarnya mempunyai cas elektrik berlebihan yang terkumpul pada otaknya. Maka apabila ia meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanan, cas tersebut akan mengalir keluar dan menghilangkan tekanan pada otak.

Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah pemula kepada kehidupan seharian. Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.



Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah S.W.T. hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Wallahu a’lam
Utv

Elakkan tidur bersama syaitan. Ini amalan yang Baginda s.a.w. tidak pernah tinggal sebelum tidur


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Benarkah telungkup tangan ketika doa tolak bala sunnah Rasulullah s.a.w.?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker