Biden hidap kanser kulit, White House beri penjelasan

Biden hidap kanser kulit, White House beri penjelasan

WASHINGTON: Rumah Putih pada Rabu menjelaskan bahawa kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden yang beliau menghidap kanser sebenarnya merujuk kepada diagnosis kanser kulit yang dialaminya sebelum menjadi presiden dan sudah sembuh sepenuhnya.

Ketika berucap mengenai perubahan iklim di Massachusetts, Biden mengimbau saat membesar di kawasan perkilangan penapisan minyak di negeri kelahirannya di Delaware, sambil berkata syarikat minyak itu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang berleluasa di kawasan berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

“Ia menyebabkan saya dan ramai orang lain menghidap kanser, dan menjadi punca Delaware mempunyai kadar pesakit kanser tertinggi di negara ini,” katanya sambil menekankan perlunya beralih kepada sumber yang lebih mesra alam berbanding bahan api fosil.

Jurucakap Rumah Putih Andrew Bates berkata presiden merujuk kepada kanser kulit non-melanoma yang dihidapi sebelum menjadi presiden.
Ringkasan laporan kesihatan Biden yang dikeluarkan pada November memaklumkan Biden menghidap “kanser kulit non-melanoma dan telah sembuh” serta biopsi tidak diperlukan. Aw

Biden hidap kanser kulit, White House beri penjelasan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker