Apli Yusoff pengerusi PTPTN baharu

Apli Yusoff pengerusi PTPTN baharu

Ketua Umno Kuala Nerus Apli Yusoff dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu berkuat kuasa 18 Jul.

PTPTN dalam kenyataan berkata Apli diamanahkan untuk mengetuai agensi itu selama dua tahun bagi menggantikan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang tamat kontrak pada 17 Jun.



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan surat lantikan kepada Apli di Parlimen semalam, yang turut disaksikan Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.

Apli, 52, berkelulusan Ijazah Kepujian Kejuruteraan Bahan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1994 merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ahli Lembaga Pengarah SME Corporation Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah MARA Incorporated Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan Presiden Squash Racket Association of Terengganu dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu.

“Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Tati Production Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah PTB Securities Sdn Bhd.



“Semoga dengan pengalaman beliau dapat membantu PTPTN menjadi agensi kerajaan yang disegani sekali gus merealisasikan usaha PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan utama negara,” kata PTPTN. FMT

Apli Yusoff pengerusi PTPTN baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker