Aksi memotong secara berbahaya, polis kesan 7 pemandu

Aksi memotong secara berbahaya, polis kesan 7 pemandu

KOTA TINGGI: Polis sedang mengesan tujuh pemandu kenderaan bernombor pendaftaran asing yang memandu secara berbahaya di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi seperti yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Hussin Zamora, pemandu terbabit dilihat melakukan perbuatan itu dalam satu klip video yang tersebar di Facebook pada Ahad lalu.

Katanya, video itu menunjukkan konvoi tujuh kenderaan yang memandu dan memotong secara berbahaya hingga boleh menyebabkan kemalangan.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi telah mengesan rakaman klip video di Facebook mengenai sekumpulan konvoi tujuh kenderaan itu.

“Siasatan mendapati ia dilakukan di Kilometer 42, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, arah Kota Tinggi menghala ke Bandar Penawar,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Hussin berkata, polis telah mengenal pasti kenderaan terbabit iaitu sebuah kereta berwarna kuning dengan nombor pendaftaran SLW3839P, kereta berwarna putih nombor pendaftaran EN403M, kereta berwarna merah nombor pendaftaran SKH3888M.

“Turut dikesan kereta berwarna merah nombor pendaftaran SMG80C, kereta berwarna hitam nombor pendaftaran SBA479Z, kereta berwarna kuning nombor pendaftaran SMZ986P juga kereta berwarna putih nombor pendaftaran SNF19A,” katanya.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama pemilik kenderaan supaya dapat hadir ke BSPT Kota Tinggi bagi membantu proses siasatan di bawah Kaedah 6(1) LN166/59, iaitu memotong secara berbahaya. FMT

Aksi memotong secara berbahaya, polis kesan 7 pemandu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker