Usul debat isu Sulu, Rahman Dahlan nyatakan sokongan
Bekas ahli parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan menyokong usaha penggantinya Isnaraissah Munirah Majilis untuk meyakinkan Dewan Rakyatmembahaskan isu rampasan aset Petronas oleh waris kesultanan Sulu.
Abdul Rahman menulis di laman Facebooknya semalam bahawa ramai ahli parlimen, terutama dari Sabah, mempunyai banyak soalan yang ingin mereka ajukan kepada kerajaan.
“Maka perbahasan di parlimen adalah platform terbaik untuk kerajaan menjawab persoalan ahli-ahli parlimen dan menerangkan serta menjelaskan secara terperinci tindakan dan perancangan kerajaan untuk menangani isu tuntutan ini terutamanya setelah aset-aset Petronas telah ‘dirampas’ di luar negara,” katanya.
Abdul Rahman berkata dia percaya Isnaraissah Munirah akan memfailkan semula usulnya untuk perbahasan kepada pejabat speaker Dewan Rakyat dan berharap ia diluluskan.
“Speaker dan kerajaan pusat mesti faham bahawa isu tuntuan dan keselamatan negeri Sabah adalah isu besar dan terlalu dekat di hati rakyat Sabah.
“Jangan sampai usul ini ditolak bagi kali keempat sehingga rakyat Sabah tidak memaafkan. Ini isu kedaulatan negeri Sabah dan orang Sabah khuatir tentang masa depan mereka,” katanya.
Abdul Rahman adalah ahli parlimen Kota Belud selama dua penggal dan bekas menteri kabinet persekutuan. Pada pilihan raya 2018, dia telah diletakkan sebagai calon BN untuk Sepanggar tetapi tewas.
Pada Isnin, Isnaraissah Munirah dari Warisan digantung daripada Dewan Rakyat kerana bertegas agar isu rampasan aset Petronas dibahaskan. Penggantungan itu tamat hari ini.
Awal tahun ini, waris kesultanan Sulu memperoleh anugerah arbitrasi terhadap Malaysia berjumlah AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).
Susulan itu, mereka menuntut menguatkuasakan keputusan itu dengan merampas dua anak syarikat Petronas di Luxembourg pada 11 Julai lalu.
Keesokan harinya, Malaysia telah memperoleh penangguhan pelaksanaan atas keputusan itu daripada Mahkamah Rayuan di Perancis.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.