Strategi Rafizi bukan luar biasa, Najib sudah lali – Penganalisis
Strategi Rafizi bukan luar biasa, Najib sudah lali – Penganalisis
Laporan polis secara besar-besaran oleh Rafizi Ramli ke atas Datuk Seri Najib Razak berhubung isu Kesultanan Sulu tidak akan memberi implikasi besar ke atas bekas Perdana Menteri itu.
Ia kerana, Najib pernah berdepan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang jauh lebih besar kesannya kepadanya hingga UMNO dan Barisan Nasional (BN) terpalit sama selama beberapa tahun lalu.
Meskipun begitu, Ahli Parlimen Pekan itu Najib berjaya bangun dengan menangkis dakwaan-dakwaan yang dilemparkan dengan hujah-hujah berfakta yang akhirnya mengembalikan imej dan reputasinya.
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, kebangkitan Najib bukan sahaja mengembalikan imej beliau, sebaliknya membawa bersama sokongan kukuh dan teguh daripada akar umbi dan penyokong UMNO dan BN.
“Jadi kalau sekadar laporan polis besar-besaran berhubung isu Kesultanan Sulu ini, saya berpandangan Najib sudah magli. Lagipun isu Kesultanan Sulu ini begitu sensitif kepada negara kerana ia mengorbankan anggota keselamatan kita. Ia isu sensitif.
“Sewajarnya, Rafizi perlu berhati-hati apabila memainkan isu ini kerana dikhuatiri akan memakan dirinya sendiri. Perlu diingatkan isu ini ada kaitan dengan pengorbankan 12 nyawa anggota keselamatan kita,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Jeniri berpandangan, serangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke atas Najib semata-mata untuk membina dan meningkatkan populariti dirinya mengambil kira kedudukan Najib yang disenangi rakyat.
Jadi, strategi Rafizi ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi ahli politik seperti Rafizi yang reputasinya tercemar apabila formula-formula yang diketengahnya tidak dipercayai rakyat.
Lantaran itu, Rafizi dilihat mengambil kesempatan sebaik-baiknya, apatah lagi populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim merudum teruk sehingga imej PKR turut terjejas.
Jelasnya, imej Anwar terjejas teruk selepas gagal menjadi Perdana Menteri semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah, malah gagal lagi untuk menerajui Putrajaya walaupun dakwa mendapat sokongan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.
Ia diburukkan lagi dengan kekalahan teruk PKR dalam beberapa pilihan raya negeri.
“Jadi, apabila Rafizi dipilih, beliau mahu kelihatan lebih dinamik, agresif untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan perubahan kepada PKR.
“Rafizi menyerang Najib untuk menyerlah kedudukannya di mata rakyat selepas PKR semakin hilang dari radar kepercayaan rakyat.
“Biarpun Rafizi nampaknya bekerja keras, namun bukan mudah untuk meraih sokongan semula rakyat selepas mereka melalui tempoh 22 bulan pemerintahan PH.
“Meskipun tempoh itu sudah berlalu, rakyat masih merasai kesan 22 bulan itu dan impak Pilihan Raya Umum Ke-14 itu masih dirasai sehingga hari ini,” ujar beliau lagi.
Jadi, biarpun Rafizi bekerja keras untuk menjatuhkan Najib yang dilihat sebagai ‘tembok kukuh’ UMNO dan BN, namun pada akhirnya semua keputusan di tangan rakyat.
“Dan Rafizi perlu tahu, tanggapan rakyat tidak boleh berubah sekelip mata,” tambahnya. MG
Strategi Rafizi bukan luar biasa, Najib sudah lali – Penganalisis
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi