Sarawak tak laksana langkah jimat, kemampuan kewangan kukuh – Abang Jo

Sarawak tak laksana langkah jimat, kemampuan kewangan kukuh – Abang Jo

Kerajaan Sarawak akan tetap meneruskan projek pembangunan yang sudah dirancang untuk kepentingan ekonomi dan rakyat di negeri ini, walaupun pusat mengambil langkah penjimatan seperti diumumkan dalam satu pekeliling perbendaharaan, baru-baru ini.

Premier Sarawak Abang Johari Openg, berkata setakat ini beliau belum dapat menjangka secara terperinci kesan dasar baharu penjimatan persekutuan itu, tetapi secara makronya, ia tidak akan menjejaskan perancangan pembangunan negeri.



“Bukan kata kita tidak berjimat, cuma kita rasa kemampuan kita ada. (Perancangan) sudah dirangka dan peruntukan sudah tersedia, kita teruskan. Kalau tidak, ekonomi akan merudum. Orang akan hilang kerja. Untuk Sarawak kita teruskan, jambatan, RTP (Program Transformasi Luar Bandar) semua jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak sempena Sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Pekeliling Perbendaharaan berhubung Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam, bertarikh 14 Jul itu menyebut kementerian, jabatan dan badan berkanun persekutuan hendaklah meneruskan proses pra perolehan yang tiada implikasi kewangan seperti perancangan, membuat reka bentuk, kebenaran merancang, menyelesaikan urusan berkaitan tanah/tapak projek dan sebagainya.

Dalam pekeliling itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Asri Hamidon, berkata selaras dengan hasrat kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan bagi semua projek yang sedang dalam pelaksanaan, kementerian, jabatan, agensi memantau secara rapi kemajuan projek agar siap dalam tempoh ditetapkan.



Sementara itu, Abang Johari berkata, kerajaan pimpinannya akan mengambil kira kemampuan kewangan negeri terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan, sekiranya ada menerima sebarang permintaan dari kerajaan pusat untuk membantu meneruskan apa-apa projek persekutuan di Sarawak yang terjejas ekoran pelaksanaan dasar itu.

Katanya, formula tertentu perlu diikuti dalam menilai bantuan yang akan diberikan untuk meneruskan sesuatu projek persekutuan yang terjejas itu, selain mempertimbangkan model pembayaran balik dan tahap manfaat projek berkenaan kepada rakyat. FMT

Sarawak tak laksana langkah jimat, kemampuan kewangan kukuh – Abang Jo


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]



Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker