Perwakilan PKR tak nampak gambaran keseluruhan MoU – Salahuddin
Perwakilan PKR tak nampak gambaran keseluruhan MoU – Salahuddin
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mempertahankan memorandum persefahaman (MoU) Pakatan Harapan dengan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob dengan berkata, ahli-ahli PKR yang menggesa agar ia dimansuhkan gagal melihat gambaran keseluruhannya.
Salahuddin berkata, pengkritik perlu merujuk kepada dokumen itu untuk membetulkan tanggapan mereka yang salah.
Salah satu tanggapan yang salah itu, katanya, adalah pembangkang tidak akan menegur kerajaan dalam isu yang tidak disebut dalam dokumen, seperti kenaikan harga barang.
“Kami masih mengkritik kerajaan mengenai perkara ini,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengkritik Putrajaya kerana menubuhkan jawatankuasa Jemaah Menteri mengenai harga barangan setelah setengah tahun rakyat bergelut dengan peningkatan kos.
Beliau berkata, PH jelas mengenai perkara yang dikehendakinya dalam MoU itu, seperti pengurusan Covid-19 yang betul dan penggubalan undang-undang anti-lompat.
“Kita perlu melihat gambaran yang lebih besar,” katanya sambil menambah, tuntutan-tuntutannya tidak dapat dipenuhi tanpa MoU.
Pada Ahad, beberapa perwakilan PKR berkata, tiada keperluan untuk melanjutkan MoU melebihi 31 Julai.
Ketua Penerangan Pemuda PKR Aizuddin Ariffin berkata, perjanjian itu sepatutnya sudah dibatalkan apabila Putrajaya ternyata gagal menangani isu yang menjadi kebimbangan umum, seperti kenaikan harga barangan dan ketidakcekapan menteri.
Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimin berkata, tiada sebab untuk MoU itu diteruskan kerana kerajaan telah memungkiri banyak janjinya.
Bercakap kepada FMT, penganalisis politik Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, beliau tertanya-tanya mengapa segelintir dalam PKR tergesa-gesa hendak membatalkan perjanjian itu sedangkan ia boleh mencetuskan pilihan raya umum (PRU) awal.
Beliau berkata, parti itu tidak cukup teratur untuk menghadapi PRU.
Kongres PKR pada hujung minggu lalu, tambahnya, menunjukkan bahawa dua pemimpin tertinggi parti, Anwar dan timbalannya Rafizi Ramli, tidak sefahaman.
Pada kongres itu, Rafizi secara terbuka mengkritik Anwar dan menyentuh mengenai popularitinya yang semakin merosot.
Kedua-duanya juga tidak bersetuju dengan pendekatan “khemah besar” yang didesak Anwar.
Pendekatan itu menggesa agar semua parti pembangkang bersatu untuk menjatuhkan Barisan Nasional. Rafizi tidak bersetuju dengannya, dengan memetik Langkah Sheraton Move sebagai punca kekhuatirannya.
“Mereka berdua masih tidak boleh bekerjasama dengan satu sama lain, tidak dapat mencapai titik tengah,” kata Azmi.
“PKR yang kuat akan menjadikan Pakatan Harapan (PH) kuat, tetapi Anwar dan Rafizi masih belum dapat membentuk satu kuasa penyatuan.” FMT
Perwakilan PKR tak nampak gambaran keseluruhan MoU – Salahuddin
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]