Banduan transgender hamilkan dua wanita
Banduan transgender hamilkan dua wanita
Seorang wanita transgender ditempatkan di dalam penjara wanita di New Jersey dilaporkan menghamilkan dua banduan sehingga mendorong pegawai memindahkannya ke penjara lain.
New York Post melaporkan, Demi Minor, 27, dipindahkan bulan lalu dari Edna Mahan Correctional Facility for Women ke Garden State Youth Correctional Facility (GYSC), iaitu penjara untuk golongan belia di Burlington County.
Minor yang menjalani hukuman 30 tahun kerana membunuh berada di dalam unit di kemudahan baharu tempat dia satu-satunya ‘wanita’.
Minor menulis dalam catatan blog di laman web Justice 4 Demi pada 15 Julai, dia diletakkan dalam pengawasan bunuh diri di kemudahan baharu itu kerana ‘saya sudah menggantung diri di dalam van.’
Dia mendakwa pegawai penjara menafikan permintaannya untuk diperiksa pegawai penjara wanita.
“Mereka melanggar hak saya untuk selamat dan bebas daripada gangguan seksual, dengan meletakkan saya di salah satu fasiliti koreksional paling ganas.
“Ketika tinggal di sini di GYSC, saya mendapati diri saya diserang banduan muda yang tidak matang dan sangat jahil terhadap orang seperti saya.
“Saya dipindahkan ke Penjara Negeri New Jersey, di mana saya dipanggil (sebagai) he (kata ganti diri lelaki) lebih 30 kali,” katanya.
Catatan sebelum ini menyatakan Minor dikeluarkan secara paksa dari penjara wanita dan dipukul ketika proses pemindahan.
Jabatan Penjara enggan mengulas mengenai tuduhan itu tetapi memberitahu media mereka menyiasat dakwaan berkenaan.
“NJDOC tidak boleh mengulas mengenai siasatan aktif. Jabatan tidak bertolak ansur terhadap penderaan dan keselamatan serta keselamatan penghuni dan kakitangan yang dipenjarakan adalah sangat penting.
“Tindakan Minor itu dilakukan beberapa bulan selepas didedahkan dia menghamilkan dua banduan ketika dikurung di penjara wanita, selepas terbabit dalam hubungan seksual suka sama suka dengan orang lain yang dipenjarakan,” katanya.
Pada 2021, New Jersey menggubal dasar membenarkan banduan ditempatkan mengikut identiti jantina pilihan mereka. HM
Banduan transgender hamilkan dua wanita
Baca Artikel Menarik:
- Siti Nuramira dibebaskan JAWI
- Kenapa lambat hebah kehilangan Zalina? Ini penjelasan polis
- Isu ‘wartawan jadian’ tak boleh dipandang ringan
- Pelajar tingkatan satu ditahan kes amang seksual, cederakan budak 10 tahun
- Jenazah individu hina Islam haram disolatkan
- Agong, Permaisuri hadir majlis graduasi anakanda di UK
- Suami tak carum Perkeso isteri, boleh didenda RM10,000, penjara
- Hukuman penjara suri rumah curi milo ditangguh
- Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari
- Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM
- Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok
- Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal
- Zalina mungkin memilih hidup low profile – Zakiah Anas/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi