Rapid KL perli penumpang makan mi segera
Rapid KL perli penumpang makan mi segera
Akibat sikap kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang melanggar undang-undang.
Melalui satu status di Facebook rasminya, Rapid KL memerli dua penumpangnya yang dilihat memakan mi segera ketika di dalam salah satu perkhidmatan tren mereka.
“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan mi segera dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula.
“Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren, ” jelas Rapid KL.
Status tersebut juga turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.
Rata-rata orang ramai juga bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak Rapid KL dan menyeru agar pihak berwajib terus bertegas dengan pelanggan yang degil.
“Jenis tegur tidak jalan ni elok di emergency brake kan sahaja biar mi segera tu masuk hidung.
“Masa orang makan mi segera dalam tren ni tiada pula brek mengejut ketika memecut macam saya kena hari itu, ” jelas Rashid Saleh Yakob.
“Nanti kena saman, salahkan RapidKL pula. Kalau tren tu tiba-tiba berhenti mengejut ke apa. Mee segera jatuh satu koc la kotor sebab kuah mengalir, kenapa la ada jenis macam ni, ” jelas Zaa Landau. K Online
Rapid KL perli penumpang makan mi segera
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.