Perabot Malaysia dapat permintaan tinggi negara luar
Perabot Malaysia dapat permintaan tinggi negara luar
Eksport perabot kayu Malaysia dijangka meningkat dengan ketara pada tahun ini berdasarkan kepada permintaan dari negara luar terutama Eropah, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.
Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga Disember 2021, nilai eksport perabot adalah sebanyak RM12 bilion daripada keseluruhan ekport industri perkayuan negara iaitu RM22.7 bilion.
Katanya, produk perabot kayu Malaysia mempunyai kualiti dan rekaan yang menepati kehendak serta citarasa pengguna di Eropah.
“Eksport perabot kayu adalah penyumbang utama kepada keseluruhan eksport industri perkayuan negara. Justeru, nilai eksport perabot kayu mesti dipertingkatkan dan satu anjakan baharu adalah perlu dalam segmen pembuatannya.
“Kementerian memandang serius sektor ini dan sumbangannya kepada ekonomi negara. Lantaran itu, pelbagai program dan agenda telah dirangka bagi memastikan Malaysia menjadi pengeksport produk perabot kayu utama dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Isella Sofa Design Sdn Bhd (Isella Sofa) di sini, hari ini.
Jeck Seng berkata, bagi memastikan pengeluar perabot kayu tempatan dapat meningkatkan keupayaan pengeluaran mereka, kementerian turut memperkenalkan Program Transformasi Kilang (FTP).
Beliau berkata, FTP yang dianjurkan oleh Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) pada 2021 adalah program yang dilaksanakan secara bersama oleh
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan SIRIM STS Sdn Bhd.
Program itu, katanya bertujuan untuk menyokong dan membantu industri perkayuan, khususnya syarikat terbabit dalam menjalankan penilaian dan kajian diagnostik kilang bagi mengenal pasti ketidakcekapan dan pembaziran melalui aplikasi alat dan teknik Green 5S dan Pengurusan Lean.
Katanya, ia seterusnya dapat meningkatkan keupayaan pembuatan industri dan penggunaan teknologi automasi dan inovasi dalam Industri Perkayuan Negara selaras dengan hala tuju pembangunan industri perkayuan di bawah Dasar Agrikomoditi Negara 2021 hingga 2030 (DAKN 2030) dan juga perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) di Malaysia.
“Semua industri berdepan dengan kekurangan tenaga kerja asing dan tempatan yang menjejaskan operasi pengeluaran. Matlamat jangka masa panjang kementerian melalui agenda dan program yang dibangunkan adalah memastikan setiap pengeluar dapat beralih ke arah IR4.0 dan automasi.
“Ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan. Penggunaan teknologi, inovasi, automasi, kecekapan dan produktiviti ini semestinya dapat memperkasakan industri perkayuan dalam mendepani persekitaran persaingan yang semakin sengit dan mencabar,” katanya. BH
Perabot Malaysia dapat permintaan tinggi negara luar
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.