Pengeluar minyak masak layan kerajaan seperti peminta sedekah

Pengeluar minyak masak layan kerajaan seperti peminta sedekah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengambil tindakan drastik terhadap pengeluar serta pengilang minyak masak botol yang degil menurunkan harga dalam tempoh dua minggu.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, tindakan kerajaan itu harus diambil sebagai pengajaran oleh pengeluar minyak masak botol agar tindakan menaikkan dan menurunkan harga dilakukan sama cepat.

Subbarow berkata, tindakan terhadap pengeluar minyak masak mesti dilakukan susulan mereka memperlakukan kerajaan seperti peminta sedekah yang sentiasa perlu memohon pertimbangan mereka bagi isu penurunan harga.

“Sepatutnya mereka perlu ikut arahan kerajaan kerana apabila kenaikan harga minyak masak botol berlaku kerajaan benarkan mereka naikkan harga meskipun terpaksa terima kritikan rakyat namun apabila diarahkan turun tidak semua akan bertindak cepat atau patuh tetapan itu.

“Sudah cukup kerajaan bagi kenyataan atau nasihat kepada pengeluar mahupun pengilang minyak masak botol. Mereka (kerajaan) bukan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang hanya boleh beri pandangan.

“Kerajaan yang mentadbirkan negara jadi mereka mempunyai kuasa untuk memastikan pengilang-pengilang ini semua tidak tekan pengguna dengan menaikkan harga barang tambahan pula ekonomi negara baru sedang pulih selepas pandemik Covid-19.

“Memang pengilang cakap mereka tidak ada kartel tapi kelakuan mereka tidak menggambarkan sedemikan. Mereka dilihat lebih gemar mengejarkan keuntungan berbanding bertoleransi terhadap bebanan yang ditanggung pengguna,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah Subbarow, ramai penggeluar barangan lupa akan kuasa pengguna yang mana mampu menyebabkan mereka kerugian besar sekiranya pengguna sepakat tidak melakukan pembelian.

MalaysiaGazette semalam melaporkan harga minyak masak tulen botol yang melambung lebih 40 peratus daripada harga siling sebelum ini dijangka turun sebanyak 10 peratus dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran itu dibuat dalam mesyuarat hari ini susulan penurunan harga komoditi itu.

“Sepantas mana pengilang menaikkan harga, saya harap sepantas itu juga mereka kena turunkan harga,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat. MG

Pengeluar minyak masak layan kerajaan seperti peminta sedekah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker