Netizen Bangga Damok Harumkan Nama Malaysia Di Sepanyol

Netizen Bangga Damok Harumkan Nama Malaysia Di Sepanyol

Pelumba SIC Racing, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai ‘Damok’ telah berjaya meraih tempat kedua dalam acara kejuaraan FIM World Junior GP yang berlangsung di Autodromo Internacional do Algarve di Portugal.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan saya hari ini dan saya harap saya dapat mengekalkan momentum ini sehingga pusingan terakhir FIM JuniorGP 2022.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Monlau Motul, SIC Racing, semua penaja saya, keluarga saya, dan isteri saya untuk sokongan yang tidak berkesudahan. Trofi ini untuk semua orang di Malaysia!” petik kenyataan rasmi Damok.

Berita gembira itu ternyata membuat warganet tumpang berbangga dengan kejayaan dicapai oleh Damok dan pasukannya yang bertungkus-lumus memberikan saingan sengit untuk memenangi kejuaraan ini.

Tambah netizen lagi, inilah salah satu individu yang benar-benar layak digelarkan ‘Ikon Permotoran Tanah Air’, selepas Hafizh Shahrin yang telah bersara dari kejuaraan MotoGP pada tahun lalu.

Warganet turut berharap agar lebih banyak pihak-pihak bertanggungjawab dapat ‘membuka mata’ dan memberikan tumpuan dan tajaan yang selayaknya kepada pasukan ini dalam melakar nama Malaysia di persada dunia permotoran antarabangsa.

Bagi pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menyatakan beliau sangat gembira dengan prestasi Damok hujung minggu lalu kerana mendapat podium ke-3 musim ini dan meletakkan dirinya di tempat ke-2 dalam kedudukan kejuaraan.

Zulfahmi turut berharap semasa cuti musim panas nanti, Damok boleh melihat secara terperinci apa yang boleh beliau perbaiki untuk membuat langkah seterusnya. Vc

Netizen Bangga Damok Harumkan Nama Malaysia Di Sepanyol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker