Kastam rampas bahagian haiwan liar RM80 juta
Kastam rampas bahagian haiwan liar RM80 juta
PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup pelbagai bahagian badan haiwan liar termasuk gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling dan taring harimau bernilai kira-kira RM80 juta yang disorok di belakang timbunan kayu bergergaji dalam sebuah kontena, 10 Julai lalu.
Ketua Pengarah Kastam, Zazuli Johan, berkata kontena dengan muatan barangan itu dikesan di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, dan ia merupakan rampasan terbesar pernah dicatatkan JKDM membabitkan bahagian haiwan liar.
Katanya, antara rampasan terbesar pernah dilakukan JKDM sebelum ini adalah pada 2014 yang melibatkan kulit tenggiling bernilai RM40 juta, dan pada 2012 melibatkan gading gajah bernilai RM2.4 juta.
“Kontena dipercayai berasal dari negara di Afrika itu sepatutnya berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor untuk dialihkan ke kapal lain, namun selepas kita mendapat maklumat berkenaan penyeludupan, kita bertindak menahan kontena itu di Pelabuhan Barat,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata, pemeriksaan fizikal ke atas kontena berkenaan membawa kepada penemuan gading gajah dianggarkan seberat 6,000kg, tanduk badak sumbu 29kg; sisik tenggiling 100kg, tanduk haiwan 14kg dan tengkorak serta tulang haiwan 300kg, disorok di belakang timbunan kayu bergergaji.
Zazuli berkata, pihaknya percaya Malaysia telah dijadikan sebagai negara transit sebelum barangan itu dibawa ke negara lain untuk dipasarkan.
Katanya, semua barang berkenaan adalah barang yang dilarang pengimportannya bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan siasatan ke atas pengimport dan ejen perkapalan masih dijalankan.
Zazuli berkata, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu cubaan mengimport barang tak berkastam atau apa-apa barang larangan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar, dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan, dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. FMT
Kastam rampas bahagian haiwan liar RM80 juta
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib
You must be logged in to post a comment.