Kanak-kanak maut jatuh kondo
Kanak-kanak maut jatuh kondo
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah kondominium di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 2.20 petang daripada pengawal keselamatan kondominium terbabit.
Beliau berkata, mangsa adalah anak ketiga pasangan suami isteri warga Indonesia yang sudah lima tahun menetap di negara ini.
“Siasatan mendapati mangsa terjatuh dari sebuah unit kediaman terletak di tingkat 35 dan dia dibawa ibunya ke kediaman itu untuk membasuh serta melipat kain penghuni di situ sebagai kerja sambilan.
“Sebelum kejadian, wanita itu meninggalkan anaknya tidur seorang diri di ruang tamu rumah sebelum turun ke bawah untuk membasuh pakaian di sebuah premis dobi.
“Ketika berada di tingkat bawah, ibu mangsa melihat orang ramai berkerumun sebelum dia turut sama melihat apa yang berlaku dan terkejut selepas mendapati mayat yang dikerumuni itu adalah anaknya sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Farouk berkata, mangsa dipercayai terjaga dari tidur ketika ibunya tiada dan membuka pintu gelongsor sebelum memanjat kerusi yang ada di balkoni.
“Mangsa anak ketiga daripada tiga beradik dan dua lagi adik beradiknya berada dalam jagaan neneknya di negara asal.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. BH
Kanak-kanak maut jatuh kondo
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET