Kalau mampu beli tiket konsert, jangan merungut tentang kos hidup – Prof Teo

Kalau mampu beli tiket konsert, jangan merungut tentang kos hidup – Prof Teo

Jualan tiket Konsert 30 Years of Dewa 19 yang licin dijual dalam tempoh sejam semalam menimbulkan pelbagai persoalan.

Rasa hairan itu timbul di mana datangnya wang untuk membeli sekeping tiket konsert yang berharga ratusan ringgit.

Mengapa ada yang sanggup membelanjakan wang di tengah-tengah bulan untuk konsert beberapa jam itu.

Kehairanan itu timbul kerana majoriti rakyat negara ini mengeluh, merungut dan marah dengan kos hidup yang tinggi akibat inflasi di seluruh sejagat.

Walaupun ada kelompok masyarakat yang dibantu oleh kerajaan tetapi pemberian itu tidak disyukuri oleh segelintir pihak.

Sebaliknya, sumbangan itu diperlekehkan dengan mengatakan ia tidak mencukupi, tidak berbaloi, tidak mampu cukup untuk membeli ayam dan minyak. Segalanya tidak cukup walaupun hampir RM80 bilion dibelanjakan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

Tetapi dalam mengkritik dan meluahkan rasa tidak puas hati itu, masih ada segelintir orang yang sanggup berhabis untuk membeli sekeping tiket semata-mata untuk hiburan, kata Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Beliau cukup hairan dengan senario ini berpendapat keadaan ini berlaku kerana jati diri rakyat negara ini semakin pudar.

Segelintir mereka ini sanggup mengenepikan survival sebuah kehidupan demi hiburan.

Katanya, meskipun hiburan itu adalah hak masing-masing tetapi sambutan terhadap jualan tiket konsert itu menunjukkan ada dalam kalangan masyarakat negara ini masih tidak tahu apa itu keutamaan hidup.

“Dalam keadaan gawat ini, sewajarnya kita sebagai rakyat perlu berhemah dalam perbelanjaan, mengatur keutamaan untuk keperluan asas diri, sekali gus kita dapat mendidik diri sentiasa bersederhana ketika keadaan memerlukan.

“Apabila kita bersederhana, kita bersyukur dengan keadaan yang berlaku. Kita tidak menjadi generasi melenting, protes tetapi tenang ketika berdepan dengan apapun situasi.

”Kalau tidak ada keutamaan dalam hidup, maka inilah yang berlaku. Tidak salah kalau masih mahu hiburan jika anda ada limpahan wang, hidup senang.

”Tetapi jika kita bukan dari kelompok ini (senang) tetapi sanggup mengeluarkan wang untuk berkonsert, jangan lagi merungut tentang kenaikan harga barang; usah bising kerana tidak ada duit dan jangan tunding jari ke mana-mana pihak,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau yang gusar dengan keutamaan anak-anak muda sekarang ini berkata, generasi baharu perlu belajar untuk meningkatkan jati diri.

Sifat ini perlu ditanamkan pada diri anak-anak muda supaya mereka ini tidak menjadi generasi yang hanya tahu menyalahkan pihak lain jika sesuatu berlaku.

“Kalau itu dapat dibuat, apa-apa pun yang berlaku di Malaysia, kita semua akan berdepan dengan tenang tanpa mencetuskan provokasi yang tidak sepatutnya. MG

Kalau mampu beli tiket konsert, jangan merungut tentang kos hidup – Prof Teo


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker