Anak orang Asli bermata biru
Anak orang Asli bermata biru
Tapah: Kanak-kanak Orang Asli, Rafizal Baharom, 11, mencuri tumpuan apabila memiliki sepasang mata biru yang dikurniakan sejak lahir.
Anak bongsu daripada dua beradik suku kaum Semai itu yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu, sering mendapat perhatian warga sekolah yang terpesona dengan keunikan matanya dan selalu diajak bergambar.
Ibunya, Roshayati Bahmiri, 36, berkata, dia, abang dan anak sulungnya Rafizi, 14, juga memiliki mata biru namun hanya sebelah dan menolak tanggapan orang ramai bahawa anugerah itu diperoleh hasil perkahwinan campur atau mempunyai keturunan bermata biru.
“Ramai bertanya adakah saya berkahwin dengan ‘mat salih’ dan pelik dengan kurniaan mata seperti ini. Saya hanya menjawab dengan tenang bahawa ini anugerah daripada Allah untuk kami sekeluarga,” kata pekerja pembersihan di sebuah sekolah itu ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu 19, 100 kilometer (km) dari Ipoh.
Katanya, Rafizal mula belajar bahasa isyarat ketika berusia sembilan tahun dan kini menetap di asrama Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Chemor di Ipoh.
Menurutnya, walaupun berjauhan, usaha ini penting demi membaiki kekurangan Rafizal dari segi pertuturan dan pendengaran sekali gus menguasai bahasa isyarat agar mudah berkomunikasi.
Seperti kanak-kanak lain, Rafizal anak yang aktif bermain dan melakukan hobi pada masa lapang dengan memancing di kawasan rumah bersama ayahnya, Baharom Bangal, 35, yang bertugas sebagai pembantu awam di pejabat Tanah dan Galian, Tanah Rata.
Menurut ibunya, Rafizal mendapat Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan bagi meringankan beban perbelanjaan sekolah.
Dalam pada itu, guru kelasnya A Tain Moli berkata, Rafizal pelajar cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah bidang sukan dan baru-baru ini menyertai acara lontar peluru untuk Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD).
“Walaupun dia mempunyai kekurangan bercakap dan mendengar, Rafizal mahir menggunakan bahasa isyarat dipelajarinya. Kami kagum dengan kesungguhannya,” katanya.
Kisah mata biru Rafizal sebelum ini mendapat tumpuan menerusi hantaran Facebook milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) yang rata-rata netizen memuji keistimewaan dan kelebihan dimiliki kanak-kanak itu. HM
Anak orang Asli bermata biru
Baca Artikel Menarik:
- Bekas pembaca berita stesen TV yang hilang masih belum dijumpai
- Puteri Sarah Liyana saman netizen
- Seru ahli PKR serang Najib hanya menguntungkannya – penganalisis
- Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel
- Balu Arwah Abam Beli Vellfire, Ali Puteh Kena Kecam Dengan Netizen
- Wartawan kena sekolah oleh peniaga tak mahu jual minyak masak paket
- Islam Suruh Kahwin, Bukan Bermaksiat 4 Tahun – Puteri Sarah
- Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi
- Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan
- Mat Kilau kutip 71 juta, ustaz dedah amalan Syamsul Yusof dimurahkan rezeki
- Kelebihan sujud, 2 cahaya yang memancar
- Lelaki Ini Sanggup Derma Air Mani Untuk Bantu Pasangan Tak Subur, Kini Dah Ada 22 Orang Anak
- Sudahlah Anwar berbohong, rakyat makin cerdik dan bermaklumat/a>
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu
Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]