Petisyen tutup Crackhouse Comedy kini raih lebih 30 ribu tandatangan

Lebih 30,000 orang menandatangani petisyen mendesak penutupan Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang dilancarkan PEMBELA baru-baru ini.

Sehingga jam 11 malam semalam, petisyen di platform change.org itu berjaya mencapai 31,500 tandatangan.

Petisyen itu susulan beberapa kes menghina Islam dalam persembahan komedi di kelab terbabit, termasuk video seorang wanita menanggalkan tudung dan pakaian setelah mengaku menghafaz al-Quran.

Malah, hasil selidik pelbagai pihak, beberapa lagi video persembahan lain turut tersebar termasuk kenyataan-kenyataan media sosial pengasas kelab berkenaan, Rizal Van Geyzel yang banyak membuat lawak mengenai Islam, Melayu serta Bumiputera.

Ini termasuk tangkap layar hantaran seorang wanita muslim bertudung dimalukan ketika disuruh membuka minuman keras oleh seorang pelawak di pentas berkenaan.

“Kita dimaklumkan bahawa DBKL telah mengarahkan penutupan sementara bagi premis ini rentetan kes wanita hina Islam baru-baru ini.

“Namun, kita merasakan penutupan sementara itu adalah tidak setimpal memandangkan pengasas sendiri sudah banyak melampaui batas seolah-olah sebagai sokongan kepada sesiapa sahaja yang ingin berbuat perkara yang sama di atas platformnya itu,” kata PEMBELA.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Timbalan Menteri Wilayah memaklumkan bahawa premis itu beroperasi tanpa lesen yang sepatutnya.

Justeru, perkara itu sudah cukup menjadi penguat untuk lesen perniagaan premis terbabit ditarik secara mutlak.

“Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia agar menyokong dan menyebarkan petisyen ini supaya Kelab Crackhouse Comedy ini ditutup terus dan sebagai iktibar kepada mana-mana premis hiburan sebegini agar menjaga batas-batas yang berteraskan nilai-nilai dalam Perlembagaan Persekutuan di mana Islam, Melayu dan Bumiputera adalah asas penting.

“Tutup terus Crackhouse Comedy TTDI!” kata PEMBELA.

Pautan petisyen: http://bit.ly/TutupCrackhouseComedy

 

Petisyen tutup Crackhouse Comedy kini raih lebih 30 ribu tandatangan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker