Inai Republic sasar sejuta ejen di seluruh dunia

Inai Republic sasar sejuta ejen di seluruh dunia

FURAIHA Legacy Sdn Bhd, pengeluar produk penjagaan kuku di bawah jenama Inai Republic terus melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa, sekali gus menyasarkan untuk menembusi pasaran negara Muslim, barat dan Timur Tengah dalam tempoh tiga tahun.

Pengasas Inai Republic, Syarifah Furaiha Sha’are berkata, sejak jenama itu diperkenalkan pada 2018, produk Inai Republic sudah berada di 13 negara melalui ejennya.



Katanya, antara negara itu ialah Australia, Dubai, United Kingdom, Thailand, Oman, Kuwait, Kanada, Amerika Syarikat Arab Saudi, Brunei dan Singapura.

“Produk Inai Republic alternatif kepada pengilat kuku, tetapi kami menggunakan inai siap dibancuh yang boleh dibawa solat serta memudahkan orang ramai mengamalkan sunnah pemakaian inai.

“Inai Republic menjadi pusat sehenti untuk produk penjagaan kuku (terdapat tujuh produk) kerana selain inai, syarikat turut mengeluarkan serum untuk kuku dan inai rambut.

“Semua produk kami mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga kementerian kesihatan di Singapura dan Brunei.



“Selain itu, semua produk dihasilkan di kilang sendiri dan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, kami bercadang untuk membuka kilang lebih besar dalam tempoh tiga ke lima tahun lagi,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, tahun ini syarikat menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta berbanding RM3.5 juta tahun lalu terutama disumbangkan melalui 12,000 ejen berdaftar termasuk 2,000 ejen di luar negara.

Beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan sejuta pengedar di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun lagi termasuk merancang tersenarai dalam Bursa Malaysia melalui tawaran awam permulaan (IPO).

“Sebagai peneraju inai moden di Malaysia, kami sekarang dalam usaha membantu orang ramai menjana pendapatan tanpa modal bersama Inai Republic di mana kami sudah membina platform CEO Dari Rumah untuk mereka menjana pendapatan antara empat ke lima angka.



“Kami menyediakan latihan (empat kali seminggu), bimbingan dan bahan pemasaran. Kami menyasarkan 100,000 suri rumah untuk dibantu melalui platform ini dan untuk maklumat boleh melayari inairepublic.com,” katanya. HM

Inai Republic sasar sejuta ejen di seluruh dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]

Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya



Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker