Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli

Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli

Najib Razak membidas Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Timbalannya Rafizi Ramli berhubung kenyataan mereka pada kongres parti semalam.

Dia menyindir janji “populis” Anwar, sambil mengejek rancangan Rafizi untuk menghantarnya ke penjara.

Anwar, dalam ucapannya awal hari ini, telah mengulangi janji lepasnya untuk menurunkan harga petrol pada keesokan harinya jika dia menjadi perdana menteri.

Presiden PKR itu berkata kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini tidak dapat memenuhi janjinya, kerana dia bukan perdana menteri.

Pun begitu, Najib berkata ini cuma ulangan “janji populis berbau hancing” yang dikitar semula.

“Harga petrol kami sudah antara 10 paling murah dalam dunia.

“Bila dia menang, mungkin petrol kita lagi murah banding Venezuela kot,” katanya pada hantaran di Facebook.

Venezuela mempunyai harga petrol termurah di dunia namun mengalami apa yang dikatakan oleh pakar ekonomi sebagai kemerosotan ekonomi paling teruk di dunia sepanjang dekad lalu.

Sementara itu, Rafizi dalam ucapannya menyeru ahli PKR membuat laporan polis terhadap Najib berhubung dakwaan pembohongannya yang dikatakan “syok racun rakyat.”

Najib membantah perkara ini menyifatkannya langkah lemah dan kebudak-budakan daripada timbalan presiden PKR itu.

“Setelah empat bulan berkali-kali gagal untuk sangkal saya, hari ini dia arahkan semua ahli PKR pulak supaya bekap dia untuk sangkal saya.

“Sendiri gagal, satu parti diarahkan bekap (back up) dia untuk lawan saya seorang. Macam budak kalah main guli, dia ajak member bekap pula,” sindirnya.

Ahli parlimen Pekan itu juga mendakwa hantarannya di media sosial bukanlah pembohongan tetapi berdasarkan fakta.

“Menipu dalam media sosial bukanlah jenayah selagi ianya tak hasut rakyat untuk ajak turun ke jalan raya.

“Jika menipu merupakan kesalahan jenayah, dah sepuluh tahun Rafizi melingkup kat dalam dah.

“Siapa tak tahu dia raja formula songsang,” kata Najib lagi. Mk

Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker