‘Saya Tidak Bohong Tapi Tulis Berdasarkan Fakta Dan Asas’ – Najib
‘Saya Tidak Bohong Tapi Tulis Berdasarkan Fakta Dan Asas’ – Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyanggah kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mendakwanya sering berbohong.
Najib sebaliknya mendakwa apa yang beliau tulis di Facebook bukan suatu pembohongan kerana ia berdasarkan fakta dan asas.
Beliau secara sinis berkata, sekiranya menipu di media sosial merupakan satu kesalahan jenayah, Mohd Rafizi sudah lama ditahan.
“Buatlah ramai-ramai polis report. Saya tak pernah takut sebab saya tak tipu macam kamu. (Saya penakut? Yang lari masuk gua selama dua tahun sebelum muncul kembali itu siapa?)
“Hari itu dia yang kata saya tak popular ke mana pun. Hari ini pula, dia arahkan semua ahli PKR untuk sangkal saya dengan alasan ini adalah sangat penting bagi PH.
“Kenapa perlu sangkal pulak jika saya tak popular?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.
Najib juga berkata, beliau akan menulis satu hantaran panjang di media sosial khusus untuk Mohd Rafizi dan ahli PKR yang menyangkalnya.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres PKR pada Ahad, Mohd Rafizi mengajak semua ahli parti itu bersama-sama menghentikan apa yang dilabelkan sebagai usaha Najib “meracun” rakyat.
Antara arahan awal Rafizi selaku orang nombor dua parti ialah agar laporan polis besar-besaran di seluruh negara pada Selasa ini dalam isu perkauman.
‘Saya Tidak Bohong Tapi Tulis Berdasarkan Fakta Dan Asas’ – Najib
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak
- Rizal van Geyzel direman sehari
- Tawar elaun cari calon isteri
- Realiti sebalik isu TPM
- Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
- Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands
- Jalan ‘jem’ kita kena sabar – Mohd Amar (Video)
- Kongress PKR, Kak Wan menangis kerana pengkhianatan
- Memang kenderaan milik PDRM lah…
- Anak ahli politik dipenjara 12 bulan jual jam tangan curi
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin akur, terima keputusan kerajaan
- Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri
- Pencen untuk bekas tentera, jangan samakan dengan ahli Parlimen – JHEV
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul