Berdosa Besar Jadikan Agama Islam Sebagai Bahan Jenaka – Mufti

Berdosa Besar Jadikan Agama Islam Sebagai Bahan Jenaka – Mufti

Perbuatan menyindir, mempermain, mengejek-ejek dan menjadikan agama Islam sebagai bahan jenaka adalah haram dan berdosa besar.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam hantaran di Facebook berkata, perbuatan mengejek sesuatu amalan atau kepercayaan dalam agama Islam kebiasaannya dilakukan oleh insan yang jahil ilmu agamanya.

“Disebabkan kejahilan tersebut, maka tidak ada lagi rasa segan silu untuk mengeluarkan kata-kata melalui gurau senda, momokan, jenaka dan mempersenda yang hanya mengesahkan lagi kejahilan yang selama ini tersembunyi dalam diri.

“Masyarakat Malaysia seharusnya bersama-sama menolak jenaka yang mempersenda apa jua unsur agama, budaya dan adat masyarakat.

Hantaran itu dibuat sebagai mengulas mengenai seorang wanita yang ditangkap dan didakwa baru-baru ini atas kesalahan menghina Islam susulan tular video persembahan lawak pentas di kelab komedi.

Wanita berkenaan tampil dengan berpakaian menjolok mata sambil mengakui dirinya berbangsa Melayu, beragama Islam dan mendakwa telah menghafal 15 juzuk al-Quran.

Menurutnya, perbuatan berjenaka dengan mempersenda dan menghina agama adalah menjadi kesalahan jenayah syariah dari sudut undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.

“Menurut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, apa-apa perbuatan menghina agama Islam atau menyebabkan agama ini dipandang hina dan mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubung dengan agama Islam boleh disabitkan sebagai satu kesalahan.

“Hal ini tertakluk di bawah Seksyen 7 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam dan Seksyen 8 iaitu mempersendakan ayat al-Quran atau hadith,” jelasnya. -SH

Berdosa Besar Jadikan Agama Islam Sebagai Bahan Jenaka – Mufti

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker