Stadium Shah Alam bakal berwajah baharu, kos RM787 juta

Stadium Shah Alam bakal berwajah baharu, kos RM787 juta

Stadium Shah Alam akan berwajah baharu dan lebih baik daripada Stadium Anfield di Liverpool dengan projek pembangunan stadium itu bermula pada tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangunan akan dilakukan pihak Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang mempunyai pengalaman baik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2017 selain mempunyai aspek kewangan yang kukuh.

Katanya, Stadium Shah Alam dijangka siap pada 2026 dengan kos pembangunannya tidak melebihi RM787 juta dilakukan menerusi perkongsian awam-swasta.

MRCB akan menanggung kos pembangunan dan syarikat itu akan dianugerahkan pertukaran tanah (land swap) kawasan sekitarnya untuk dibangunkan.

“Secara peribadi, saya lebih yakin membangunkannya semula kerana kata akhirnya pada kos kerana tidak mahu terlalu tinggi.

“Kos baik pulihnya kini adalah RM787juta berbanding pembinaan sebelum ini menelan belanja RM400 juta.

“Apapun sama ada baik pulih atau roboh, sebenarnya saya dapat lihat orang Selangor akan dapat stadium baharu yang lebih baik daripada Stadium Anfield,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan penyerahan Surat Niat kepada MRCB di sini semalam.

Penyerahan itu dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim kepada Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan.

Menurut beliau, Stadium Shah Alam yang telah berusia 28 tahun selepas dirasmikan 16 Julai 1994 lalu telah menerima impak kerosakan seperti pada bilik persalinan, bekalan elektrik, tempat duduk susulan tiga kejadian banjir pada 2006, 2015 dan tahun lalu.

Ujarnya, bumbung polikarbonat juga menelang kos yang besar dengan sekeping sahaja berjumlah antara RM500 hingga RM1,000.

“Bulan September ini, kita akan ada pameran mengenai pembangunannya. Saya sudah lihat (pelan pembangunan) namun ada elemen kritikal iaitu keteguhan, kejituan dan keselamatan bangunan kerana baharu ingin mendapatkan pelan bangunan.

“Kalau betul-betul selamat baru kita akan laksanakan strukturnya. Kalau tidak sudah tentu kena robohnya dan ganti di tempat lain,” katanya. K Online

Stadium Shah Alam bakal berwajah baharu, kos RM787 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker