Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri

Wanita itu nekad menyediakan sendiri makanannya selepas pekerja McDonald’s berhenti menerima tempahan kerana kehabisan sarung tangan pakai buang. – TikTok

LONDON – Seorang wanita penggemar hidangan restoran makanan segera McDonald’s bertindak di luar kebiasaan apabila melompat masuk ke bahagian dapur menerusi tingkap pandu lalu untuk memasak makanannya sendiri, lapor akhbar Daily Star UK.

Video kejadian itu tular di TikTok selepas disiarkan oleh pengguna, @greergreer. Dia berkata,  wanita itu bertindak sedemikian kerana restoran makanan segera itu enggan menerima tempahan disebabkan kehabisan sarung tangan pakai buang yang merupakan polisi kesihatannya.

Menerusi klip video  berkenaan yang mencatatkan hampir 682,000 tontonan dan lebih 120,000 tanda suka setakat ini, wanita itu meminta kebenaran pengurus restoran untuk menyediakan  pesanannya sendiri.

Kakitangan restoran McDonald’s berkenaan  terkejut apabila wanita yang memakai gaun merah jambu dan berkasut tumit tinggi itu memanjat melalui tingkap dan segera menuju ke bahagian dapur.

Video tersebut menerima komen daripada pengguna media sosial yang berharap wanita itu mendapat hidangan yang diingini memandangkan kesungguhan yang ditunjukkannya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker