Wanita cabut nombor plat Alphard ditahan polis bersama anaknya
Wanita cabut nombor plat Alphard ditahan polis bersama anaknya
ISKANDAR PUTERI: Dua suspek yang terlibat dalam kejadian khianat di jalan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di sini pada Sabtu lalu, berjaya ditahan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek wanita tempatan berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 18 tahun yang juga warganegara Singapura itu ditahan semalam.
Katanya kedua-dua suspek ditangkap pada jam 9.15 malam di Pos Pemeriksaan Kastam laluan masuk Singapura ke Malaysia, Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang.
“Kedua-dua suspek mengaku terlibat dengan kes. Suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana kenderaannya telah dihalang serta bergesel semasa kejadian.
“Suspek lelaki merupakan warganegara Singapura manakala ibunya warganegara Malaysia memiliki PR Singapura selama 25 tahun.
“Pihak Polis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga tertangkapnya suspek. Suspek direman sehari untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Minggu lalu, tular video memaparkan insiden melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Toyota Alphard dan sebuah kenderaan jenis Kia.
Mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan sebuah kenderaan jenis KIA dari arah kanan.
Suspek remaja lelaki bertindak menjerit kata-kata kesat dan juga menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa manakala ibunya bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampaknya ke arah cermin hadapan kereta mangsa.
Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Forest City ke Singapura dan perbuatan suspek itu menyebabkan hanya terdapat sedikit kerosakan pada kereta mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. Aw
Wanita cabut nombor plat Alphard ditahan polis bersama anaknya
Baca Artikel Menarik:
- Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak
- Rizal van Geyzel direman sehari
- Tawar elaun cari calon isteri
- Realiti sebalik isu TPM
- Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
- Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands
- Jalan ‘jem’ kita kena sabar – Mohd Amar (Video)
- Kongress PKR, Kak Wan menangis kerana pengkhianatan
- Memang kenderaan milik PDRM lah…
- Anak ahli politik dipenjara 12 bulan jual jam tangan curi
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin akur, terima keputusan kerajaan
- Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri
- Pencen untuk bekas tentera, jangan samakan dengan ahli Parlimen – JHEV
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul