Tukang masak maut motosikal terlanggar babi

MAYAT mangsa yang meninggal dunia akibat kemalangan setelah motosikal dinaiki bersama suaminya terlanggar seekor babi di Jalan Kampung Melaka berhampiran Surau Hidayah Kampung Melaka, Sik pagi ini.

SIK: Seorang tukang masak maut apabila motosikal yang dinaiki bersama suaminya terlanggar seekor babi di Jalan Kampung Melaka berdekatan Surau Hidayah Kampung Melaka, kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Nor Hasmah Aidah Daud, 34, berasal dari Kampung Gulau meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal jenis Yamaha Lagenda yang ditunggangi suami mangsa, Khaifulrizan Abd. Wahab, 44, datang dari arah Kampung Melaka menuju ke arah Gulau.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba seekor babi telah melintas dari sebelah kiri jalan ke sebelah kanan jalan di hadapan laluan motosikal terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Menurut Abdull Razak, akibat jarak yang terlalu dekat, motosikal mereka telah berlanggar dengan babi tersebut sebelum kedua-duanya tercampak di atas jalan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di bahagian kepala kerana tidak memakai topi kaledar, manakala suaminya cedera dan luka di bahagian kepala.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Sik untuk dibedah siasat selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat



PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker