Tanya Ahmad Maslan, kata Ismail berkait kelulusan pinda perlembagaan Umno

Tanya Ahmad Maslan, kata Ismail berkait kelulusan pinda perlembagaan Umno

Sebarang tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) dalam meluluskan permohonan Umno meminda perlembagaan bagi membolehkan penangguhan pemilihan parti itu perlu dirujuk kepada setiausaha agungnya, kata Ismail Sabri Yaakob.

“Apa-apa mengenai JPPM tanya Ahmad Maslan, dia akan jawab,” kata naib presiden Umno itu ringkas selepas ditemui pada Program Pemilikan Rumah (Hope) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022.

Pada 13 Jul, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, JPPM belum mengeluarkan keputusan permohonan Umno meminda perlembagaan untuk mengadakan pemilihan parti, enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).

Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu berkata, biarpun JPPM berada bawah kementeriannya, namun keputusan jabatan itu dibuat secara bebas.

Pada 7 Jul, JPPM dalam kenyataan memaklumkan keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan Umno akan diketahui selewat-lewatnya 16 Jul iaitu esok.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada JPPM pada 17 Mei lalu, manakala Ismail sebelum ini dilaporkan berkata, JPPM mempunyai masa sehingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu.

Sementara itu, Ahmad dipetik sebagai berkata, parti itu yakin JPPM akan meluluskan pindaan perlembagaan Umno. FMT

Tanya Ahmad Maslan, kata Ismail berkait kelulusan pinda perlembagaan Umno


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker