Kabinet tubuh pasukan khas tangani isu tuntutan waris Sulu

Kabinet tubuh pasukan khas tangani isu tuntutan waris Sulu

Jemaah menteri bersetuju menubuhkan sebuah pasukan khas yang yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi meneliti, memantau serta merangka tindakan bagi menangani isu tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Malaysia.

Wan Junaidi dalam satu kenyataan berkata, pasukan khas itu juga dianggotai oleh Menteri Luar Saifuddin Abdullah, Peguam Negara, Idris Harun dan pakar-pakar berkaitan timbang tara antarabangsa.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) bersama Jabatan Peguam Negara sedang menentukan terma rujukan (TOR) dan juga keahlian tambahan jika perlu bagi pasukan khas ini.

“BHEUU dan kementerian luar negeri akan bertindak selaku urus setia pasukan khas ini,” katanya.

Wan Junaidi berkata, kerajaan memandang serius isu yang mengganggu gugat kepentingan aset-aset negara di luar negara oleh waris sultan Sulu khususnya aset di bawah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Justeru, katanya, kerajaan akan mengambil tindakan proaktif dan agresif dalam menangani isu ini demi mempertahankan aset dan kedaulatan negara.

Pada 12 Julai lalu, waris kesultanan Sulu yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia – merampas dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, peguam pihak yang menuntut merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.

Namun di sebalik mengesahkan bahawa dua daripada anak syarikatnya telah menerima perintah rampasan di Luxembourg pada Isnin, 11 Julai, Petronas menjelaskan bahawa kedua-dua aset itu sudah dillupuskan.

Rampasan itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris sultan Sulu, untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa, Malaysia yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain, mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.

Namun Wan Junaidi ketika itu dilaporkan berkata keputusan Mahkamah Arbitrasi Paris untuk Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu adalah tidak sah, kerana tidak berlandaskan undang-undang.

Katanya keputusan yang ditetapkan penimbang tara Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

Pada Selasa lepas, Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitarsi Paris, dengan alasan perundangan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.

Dalam kenyataan Wan Junaidi pada Rabu, beliau berkata kesan daripada perintah penggantungan itu, Final Award yang diputuskan Dr Stampa tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara, sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Paris dengan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat kerajaan Malaysia. Mk

Kabinet tubuh pasukan khas tangani isu tuntutan waris Sulu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker