PM arah Hamzah, Saravanan selesai segera isu pekerja Indonesia

PM arah Hamzah, Saravanan selesai segera isu pekerja Indonesia

Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan Menteri Sumber Manusia M Saravanan menyelesaikan segera isu membabitkan pekerja asing dengan kerajaan Indonesia.

Perdana menteri berkata, isu itu perlu ditangani secepat mungkin supaya tidak mengeruhkan hubungan baik Kuala Lumpur-Jakarta.

“KDN dan KSM perlu selesaikan isu ini (pengambilan dan perlindungan pekerja Indonesia) dengan segera. Saya tak nak panjang-panjang. Saya takut perkara ini boleh keruhkan hubungan kita dengan Indonesia.

“Jadi, saya kata selesaikanlah,” katanya kepada selepas merasmikan Program Pemilikan Rumah (Hope) dan Karnival Jom Beli Rumah 2022.

Beliau diminta mengulas keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara terhadap semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak 12 Julai, susulan Jabatan Imigresen terus menggunakan System Maid Online (SMO) biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu One Channel System (OCS) menerusi memorandum persefahaman (MoU).

Semalam, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, berkata negara itu terbuka sekiranya Malaysia berhasrat membatalkan MoU berhubung pengambilan dan perlindungan pekerja republik itu termasuk Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) ke Malaysia April lalu.

Beliau berkata, ini kerana MoU terbabit tidak dihormati, berikutan butiran dalam perjanjiannya tidak dipatuhi Malaysia.

Ketika ditanya adakah MoU itu akan dibatalkan, Ismail bagaimanapun komited ia dapat diteruskan.

“Tidak…tidak. Tiada pembatalan,” tegasnya. FMT

PM arah Hamzah, Saravanan selesai segera isu pekerja Indonesia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker