Kalau itu anak aku, memang aku dah rejam dah – Ogy

Kalau itu anak aku, memang aku dah rejam dah – Ogy

Itu respon pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy berhubung tindakan individu yang membuat lawak jenaka dengan memepersendakan agama Islam di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru ini.

Ogy, 60, menyifatkan pelawak yang hanya berjenaka dengan memainkan isu-isu sensitif adalah mereka yang tidak mempunyai kreativiti.



“Orang yang memepersendakan agama dalam berjenaka ini maknanya dia tak kreatif. Betul, kreativiti tidak ada had tapi apa sahaja yang menyentuh isu sensitiviti awak jangan sesekali lakukannya. Ia mudah sahaja,” katanya ketika ditemui semasa sidang media teater Dara dan Mak Cik Bawang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam.

Tambahnya, ia menjadi tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk terus mempertahankan agama biarpun ada pihak yang kurang senang dengan tindakan itu.

“Bila perkara itu dah dipaparkan kepada kita, maka tanggungjawab kita untuk bersuara. Saya tak peduli kalau ada artis-artis lain yang nak pertahankan mereka. Itu masalah mereka.

“Sebagai orang Islam saya mesti bersuara bila mereka berkata buruk pada agama saya. Saya tak boleh terima, saya sangat-sangat tak boleh terima itu. Saya akan pertahankan agama dan bangsa saya,” katanya.



Selain itu, Ogy menganggap apa yang ditampilkan mereka itu bukan lagi lawak jenaka, malah ia adalah satu bentuk kebiadaban yang sama sekali tidak boleh diterima.

“Itu bukan lagi jenaka dan dia memang biadap. Charlie Chaplin tak perlu pun biadap. Kalau nak hidupkan budaya barat awak pergilah ke negara sana. Setakat TTDI tak payahlah.

“Kemudian, mereka mainkan kalam-kalam Allah seperti Insya-Allah. Apa itu? Itu saya memang tak boleh terima. Saya tak peduli orang nak cakap apa tentang saya. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam. Kita akan ditanya di sana nanti, apa kita cakap?,” katanya.

Terbaharu, Ogy bakal muncul dalam teater Dara dan Mak Cik Bawang gandingan bersama Datuk Ziela Jalil, Liza Abdullah dan Mak Wan bermula 22 hingga 24 Julai ini di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Ayer Keroh, Melaka. HM



Kalau itu anak aku, memang aku dah rejam dah – Ogy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul



Ambulans terbalik dilanggar jururawat

PH silap besar bila iktiraf tuntutan Sulu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker