Pemandu Myvi mabuk tak mengaku sebabkan kematian suami isteri OKU

Pemandu Myvi mabuk tak mengaku sebabkan kematian suami isteri OKU

JASIN – Pemandu kereta Myvi yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) maut dalam nahas bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Amirul Anwar Mohamed, 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Siti Khairiah Abdul Razak.



Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik didakwa memandu kenderaan secara melulu atau dengan merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Ezuddin Mohammad, 50, dan isterinya, Surayah Muhamat, 46.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 7.45 pagi di Jalan Serkam Pantai – Merlimau, Jasin pada 6 Jun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999).

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dikenakan dan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.



Tertuduh yang diwakili Peguam Mohd. Fadzlullah Ramlee bagaimanapun merayu jumlah jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan tertuduh perlu menjaga ayahnya, yang merupakan bekas imam.

Siti khairiah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM12,000 dengan dua penjamin serta mengarahkan lesen memandu lelaki itu digantung sepanjang perbicaraan berjalan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 29 Ogos ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Kosmo! pada 6 Jun lalu melaporkan sepasang suami isteri yang juga OKU maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah Perodua Myvi dipercayai dipandu lelaki mabuk di Jalan Serkam Pantai, Merlimau.



Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Ezuddin dan Surayah yang menunggang Yamaha Ego Solaris meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah. K Online

Pemandu Myvi mabuk tak mengaku sebabkan kematian suami isteri OKU


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker