Mampu menang bergaya di 3 negeri PH, sifir mana Anwar pakai?

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata tiga negeri yang diterajui pentadbiran gabungan itu telah mencatatkan kemajuan yang jauh lebih baik berbanding negeri lain, tetapi mereka perlu lebih konsisten dalam menyampaikan dasar kejayaan itu kepada rakyat.

Justeru, katanya dia yakin PH mampu mengekalkan ketiga-tiga negeri berkenaan – Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang – pada pilihan raya negeri dan umum akan datang tetapi pemimpin dan jentera mereka seharusnya tidak hanya menumpukan pada penyebaran maklumat mengenai dasar masing-masing di negeri sendiri tetapi juga di negeri-negeri lain.

“Saya opitimis kita boleh pertahan, kemenangan bergaya di negeri-negeri ini. Cabaran kita untuk sampaikan maklumat ini di luar.



“Secara objektif kalau kita lihat kemajuan dan langkah-langkah yang diambil di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ketimbang (berbanding) negeri lain jauh mengatasi.

“Tetapi ini perlu pencerahan, perlu makluman, rakyat perlu tahu apa dasar mengenai pendidikan di Selangor ketimbang negeri lain.

“Ini sebab saya katakan kita usaha beri penerangan. Kita sudah tahu di Selangor tetapi tidak boleh puas hati. Jentera Selangor harus turun ke negeri lain buat penerangan,” katanya seperti dilaporkan oleh Selangorkini milik kerajaan negeri, hari ini.

Anwar berkata dia yakin PH mampu mengekalkan ketiga-tiga negeri itu, memandangkan mereka yang tinggal di negeri-negeri itu sudah sedia maklum dengan dasar kejayaan mereka, tetapi propaganda menentang PH dan maklumat salah berleluasa di negeri lain.



“Umpamanya di Selangor pada peringkat awal 2008, kalau masih ingat. Hari-hari serangan DAP soal ternakan khinzir, soal sekolah tiap hari dan berbulan-bulan.

“Sekarang kalau di Selangor sudah tidak laku tetapi kalau negeri lain masih digunakan lagi untuk menyerang,” katanya.

Presiden PKR itu juga mengimbas kembali insiden ketika dia berkempen pada pilihan raya negeri Johor lalu ditanya oleh seorang individu yang berkata mereka bersetuju dengannya tentang kemajuan negeri-negeri pimpinan PH, tetapi mempersoalkan mengapa laungan azan tidak dibenarkan di masjid di Pulau Pinang.

“Saya dari Pulau Pinang, masjidnya masih kuat ceramah. Kalau mikrofon baru, kuat lagi.



“Itu yang kita faham. Jadi, propaganda murahan dan fitnah itu kadang-kadang mengesankan,” kata Anwar.

Atas sebab tu, katanya, PH tidak seharusnya mengambil mudah isu sebegitu kerana dakwaan sedemikian boleh menjejaskan orang ramai yang ingin menyokong mereka tetapi sangsi terhadap DAP yang kononnya sudah mengkristiankan Pulau Pinang.

Menurutnya, ini satu pembohongan yang nyata tetapi demikianlah politik picisan dan kotor yang mereka permainkan.

“Maknanya, jentera kerajaan, wakil-wakil rakyat jangan pandang ringan dan selesa kerana musuh politik kita akan cari helah untuk mencari fitnah-fitnah baharu kerana orang-orang ini dia ikut Joseph Goebbels (menteri propaganda Nazi).



“Dalam teori penerangan Adolf Hitler, ulang-ulang-ulang fitnah akhirnya orang akan percaya.

“Yang ini dia faham tetapi tentunya faham ini faham yang menyesatkan kerana ini bertentangan dengan nilai Islam. Jadi, bagi kita berbeza daripada politik biasa. Soal nilai integriti, soal akhlak mesti diterap dalam ahli kita,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker