Isu pengambilan pekerja Bangladesh selesai

Isu pengambilan pekerja Bangladesh selesai

Kementerian Sumber Manusia berkata isu teknikal dihadapi sebelum ini bagi proses pengambilan pekerja Bangladesh ke negara ini dapat ditangani.

Dalam kenyataan, kementerian itu berkata proses pengesahan melibatkan 15 syarikat telah diselesaikan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi Bangladesh yang membabitkan bilangan pekerja warganya lebih 2,000 orang.



“Proses ini dijangka meningkat pada minggu akan datang.

“Proses berkaitan dengan pengambilan pekerja warga Bangladesh telah bermula dengan kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur,” katanya.

Kementerian itu berkata, bagi majikan yang telah membayar levi dan bercadang untuk menggajikan pekerja Bangladesh, mereka boleh memanjangkan permohonan ke Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur.

Katanya, ini bagi memohon pengesahan penggajian dan dokumentasi seperti kontrak pekerjaan serta pesanan kerja bagi pekerja.



Bagaimanapun, kementerian berkata kemasukan pekerja Bangladesh itu tertakluk kepada saringan keselamatan dan kesihatan termasuk pematuhan syarat Jabatan Imigresen.

Pada 6 Jun lalu, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma) memohon Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing meluluskan segera kemasukan pekerja asing dari Bangladesh bagi memenuhi kelompongan industri tempatan ketika ini.

Papsma turut menggesa kemasukan tersebut perlu melalui dasar dan polisi kerajaan yang mana peluang membawa masuk pekerja meliputi semua ahli Pertubuhan Ejen Rekrutmen Antarabangsa Bangladesh (Baira) dan bukan hanya melibatkan segelintir agensi.

Sebagaimana dimaklumkan pada akhir tahun lalu oleh Kementerian Dalam Negeri, seramai 1.2 juta pekerja asing telah pulang ke negara mereka dan kini selepas program rekalibrasi serta program penyahan dilanjutkan sehingga Jun lalu menyebabkan jumlah itu meningkat kepada 1.5 juta orang.



Dengan angka itu, kekurangan tenaga kerja di negara boleh dianggap melebihi dua juta pekerja asing dalam sektor yang kurang diminati oleh pekerja tempatan seperti 3D (kotor, bahaya dan sukar). FMT

Isu pengambilan pekerja Bangladesh selesai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker