Sanusi dedahkan Musang King dibalak zaman anak Mahathir sebagai MB
Muhammad Sanusi Md Nor menafikan ladang rakyat adalah projek gagal kerajaan Kedah bawah pentadbiran menteri besar daripada PAS, Azizan Abdul Razak dari 2008 hingga 2013.
Sanusi berkata, konsep ladang rakyat diperkenalkan Azizan itu digagalkan oleh menteri besar selepas itu iaitu Mukhriz Mahathir kerana khuatir projek berkenaan akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.
Beliau juga mendakwa, kelulusan ladang hutan untuk tanaman getah jenis timber latex clon (TLC) berlaku pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2007.
“Pada zaman ustaz Azizan (menteri besar ketika itu), ia bertukar konsep kepada ladang rakyat. Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat pertama kali dalam sejarah, dapat harga RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.
“Sempat tanam getah TLC seluas 162 hektar saja (fasa pertama) berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin dan pada 2013, kerajaan bertukar.
“Apa terjadi lepas itu, ladang rakyat dibatalkan, ada di tangan Mukhriz (dua kali) dan Ahmad Bashah Md Hanipah (2016). Sama seperti dia (Mukhriz) batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, alasannya supaya PAS tidak berkembang di Langkawi.
“Kawasan Musang King itu dipercayai dibalak antara 2018 dan 2019,” kata menteri besar Kedah itu menurut Berita Harian.
Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, Isnin lalu.
Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman rosak.
Mengulas lanjut, Sanusi berkata, di zaman pemerintahan Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai ladang rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.
Beliau berkata, tender balak berlaku antara 2010 dan 2013, namun tebangan belum berlaku.
“Kalau betul mereka tidak setuju kerana hendak selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan Ladang Hutan TLC, bukan batalkan ladang rakyat dan tanam Musang King.
“Saya perlu semak dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) tarikh yang tepat tender dan tebangan itu berlaku, seingat saya tender sahaja.
“Kawasan ladang hutan asal tidak termasuk kompartment lapan, yang menjadi punca air Sungai Kupang. Komparment empat, lima dan enam saja tak silap saya, apa pun saya perlu semak dengan JPNK dahulu,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban
- Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks
- PH mahu sambung MoU, jangka tewas teruk jika PRU awal
- Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]
- Belanjawan 2023: UMNO nasihat kerajaan beri bantuan ekonomi secara menyeluruh
- PAS tidak mahu guna logo PN dalam PRU-15
- Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]
Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]
Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara
You must be logged in to post a comment.