Perjanjian Sulit TPM: Sanggup membelakangi Presiden PAS, itulah sikap Muhyiddin Yassin
SHAH ALAM – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad membangkitkan persoalan mengenai status semasa perjanjian sulit dilakukan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob bersama Perikatan Nasional (PN) berkaitan Timbalan Perdana Menteri.
Ini kerana menurut beliau, pendedahan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan perkara tersebut menyebabkan perjanjian sulit berkaitan sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri terbatal.
“Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk Tan Sri Muhyiddin dan Bersatu menyokong Datuk Seri Ismail Sabri jadi PM. Ianya begitu sulit sehingga kepimpinan UMNO tidak tahu dan begitu juga kepimpinan Pas.
“Dari UMNO, hanya Datuk Seri Ismail dan Tan Sri Annuar Musa yang terlibat. Tan Sri Annuar terlibat sebagai saksi. Bagi Pas pula, hanya Datuk Seri Takiyudin Hassan (Setiausaha Agung Pas) yang tahu.
“Tapi, kerana ianya perjanjian sulit, Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) pun tak boleh tahu. Tapi kalau sudah didedahkan sedangkan ianya suatu perjanjian yang sulit, adakah perjanjian itu terbatal?” soal beliau menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu pada Isnin dilaporkan berkata, Abdul Hadi perlu merujuk kepada Takiyuddin mengenai kewujudan perjanjian jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, Takiyuddin ialah individu yang menggubal draf perjanjian berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Hadi menafikan kewujudan perjanjian pelantikan Timbalan Perdana Menteri dalam PN, namun beliau mengakui perkara itu dibincangkan di antara PN dengan Ismail Sabri dengan tiada kata putus yang dicapai keputusan dicapai.
Mengulas lanjut, Shahrir yang juga Ketua Bahagian UMNO berkata, setakat ini, hanya Muhyiddin yang mendedahkan mengenai perjanjian tersebut manakala Ismail Sabri, Annuar dan Takiyuddin masih berdiam diri mengenai isu berkenaan.
Disebabkan itu, bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, secara logiknya, Muhyiddin dan Bersatu sepatutnya ‘menekan butang’ dengan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri.
“Iaitu lebih kurang samalah dengan ‘menekan butang’ seperti diugut terhadap kerajaan campuran BN-PN Johor satu ketika dulu semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan sebelum PRN Johor.
“Perjanjian sudah terbatal. Memorandum Persefahaman (MoU) pun dah tamat. Kenalah tekan butang,” ujarnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban
- Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks
- PH mahu sambung MoU, jangka tewas teruk jika PRU awal
- Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]
- Belanjawan 2023: UMNO nasihat kerajaan beri bantuan ekonomi secara menyeluruh
- PAS tidak mahu guna logo PN dalam PRU-15
- Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]
Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]
Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara
You must be logged in to post a comment.