Penceroboh istana Presiden Sri Lanka menemui jutaan wang tunai
COLOMBO – Wang tunai berjuta-juta rupee Sri Lanka yang ditinggalkan oleh Presiden Gotabaya Rajapaksa apabila beliau melarikan diri dari kediaman rasminya diberikan kepada sebuah mahkamah hari ini setelah diserahkan oleh kumpulan penunjuk perasaan.
Kumpulan penunjuk perasaan menemui wang tunai sebanyak 17.85 juta rupee (RM221, 350) itu dalam longgokan wang kertas baharu tetapi menyerahkannya kepada polis selepas mereka menyerbu Istana Presiden kelmarin.
“Wang tunai itu diambil pihak polis dan akan ditampilkan di sebuah mahkamah hari ini,” kata seorang jurucakap polis.
Beberapa sumber rasmi menyatakan bahawa sebuah beg penuh dengan dokumen juga ditinggalkan di dalam istana berkenaan.
Rajapaksa tinggal di dalam bangunan berusia dua abad itu selepas terpaksa melarikan diri dari kediaman peribadinya pada 31 Mac lalu apabila kumpulan penunjuk perasaan cuba menyerbu masuk.
Pemimpin berumur 73 tahun itu melarikan diri dari istana berkenaan melalui pintu belakang dengan diiringi anggota-anggota tentera laut sebelum menaiki sebuah bot menuju ke timur laut Sri Lanka, kata sumber rasmi kepada AFP.
Lokasi sebenarnya tidak diketahui setakat pagi ini tetapi pejabat Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memaklumkan bahawa Rajapaksa telah memberitahu secara rasmi tentang hasrat untuk meletak jawatan tanpa memberikan tarikh tertentu.
Wickremesinghe, 73, secara automatik akan menjadi pemangku Presiden sekiranya Rajapaksa berundur, sehingga Parlimen memilih wakil rakyat baharu.
Bagaimanapun, Wickremesinghe sendiri menyatakan keinginan beliau untuk meletak jawatan sekiranya wujud konsensus untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan. – AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aidiladha: Jangan Buat Dua Perkara Ini Ketika Melapah Daging Korban
- Wanita Tanggal Baju Separuh Bogel Buat ‘Live’ Jawab Soalan Netizen, Kerap Kongsi Tip Hubungan Seks
- PH mahu sambung MoU, jangka tewas teruk jika PRU awal
- Wanita Itu ‘Mental’, Perlukan Bantuan – Harith Iskander [VIDEO]
- Belanjawan 2023: UMNO nasihat kerajaan beri bantuan ekonomi secara menyeluruh
- PAS tidak mahu guna logo PN dalam PRU-15
- Juruterbang Nekad Terbangkan Pesawat Mendarat Cemas Di Lebuh Raya [VIDEO]
- Kenapa RoS lembap sangat?
- Pulut Panggang berintikan ‘Ubat Stepler’
- Lembu korban terlajak ‘SADO’ tular
- ‘Malaikat’ boleh pegang IC tolong mengundi
- YouTuber tarik tudung kena dakwa
Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]
Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]
Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara
You must be logged in to post a comment.