Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Demi mengejar impian melihat anak bongsunya, Ibrahim Junid Abdullah mendalami ilmu agama, penerbit drama, Datuk Ziela Jalil nekad melepaskan kanak-kanak berusia 10 tahun itu belajar di sebuah sekolah agama di Yaman.

Ziela berkata, meskipun menyedari Ibrahim terlalu muda untuk merantau, namun, dirinya berpegang teguh kepada pendirian melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

“Saya bersama rakan-rakan pernah dijemput berkunjung ke rumah seorang guru agama di Yaman, tiga tahun lalu. Kediamannya turut dijadikan pusat pengajian agama dan saya sangat menyukainya.

“Dari situ, saya tertarik dan berhasrat untuk menghantar Ibrahim. Bagaimanapun, pada masa itu, Ibrahim baru berusia 7 tahun.

“Ramai rakan-rakan menasihatkan saya memandangkan Ibrahim terlalu muda untuk belajar di luar negara.

“Bagaimanapun, kali ini Allah gerakkan hati saya dan nekad menghantarnya bersekolah di sana. Dengan usianya masih muda, saya rasa ini adalah masa terbaik untuk Ibrahim mendapat asas agama yang kukuh,” katanya kepada BH Online.

Tambah Ziela yang juga pemilik syarikat produksi, Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu, pemergian Ibrahim turut ditemani anak keduanya, Megat Jufri Nasrullah pada Khamis lalu.

“Ibrahim pergi ke Yaman bersama abangnya, Megat Jufri. Secara kebetulan, Megat Jufri juga akan mengikuti pengajian intensif agama di sekolah yang sama selama 40 hari.

“Bagaimanapun, Megat Jufri akan berada di Yaman untuk menemani adiknya selama tiga bulan. Saya juga terharu dan bersyukur kerana pemergian Megat Jufri atas kehendak sendiri yang mahu memperkukuhkan pengetahuan agama,” luah pelakon filem Perawan Malam ini.

 

Meskipun menyedari Ibrahim masih muda untuk merantau, namun, Ziela berpegang teguh kepada pendirian melentur buluh biarlah daripada rebung. – Foto IG Ziela Jalil

Berkongsi perasaan terpaksa berpisah dengan anak-anaknya, wanita berusia 52 tahun ini mengakui, dia gagal menahan rasa sedih disebabkan mereka tidak pernah berenggang sebelum ini.

“Mula-mula rasa macam kuat, tetapi balik sahaja dari lapangan terbang dan masuk ke dalam rumah, saya terus menangis. Lebih lagi, apabila mengenangkan Ibrahim sangat rapat dengan saya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur perjalanan Megat Jufri dan Ibrahim dipermudahkan Allah. Doa saya semoga yang baik-baik sahaja buat mereka,” ungkapnya dalam nada sebak.

Sempena sambutan Aidiladha, Ziela memaklumkan, dia juga membuat ibadah korban di institusi pengajian agama tempat anak-anaknya belajar.

“Tahun ini, saya korbankan lapan ekor kambing mewakili jumlah anggota keluarga termasuk saya, suami, anak, menantu dan dua cucu.

“Di sana makanan kegemaran adalah kambing. Rasa puas apabila dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan,” ujarnya.-BH

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker