UMNO Tidak Pernah Tahu Kewujudan Perbincangan Jawatan TPM – Ahmad Maslan

UMNO Tidak Pernah Tahu Kewujudan Perbincangan Jawatan TPM – Ahmad Maslan

PONTIAN: UMNO mendakwa tidak pernah wujud perbincangan berhubung pengisian jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) semasa pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak pernah mengetahui adanya perbincangan cadangan untuk jawatan TPM berkenaan.

Katanya ahli MKT UMNO tidak pernah dimaklumkan perkara tersebut (jawatan TPM) dan menganggap isu itu tidak wujud.

“Jawatan TPM itu, ianya tidak pernah kami Ahli MKT UMNO ketahui ada perbincangan mengenai cadangan untuk melantik Bersatu sebagai TPM, ahli MKT tidak pernah dimaklumkan perkara itu, oleh kerana perkara itu tidak pernah dimaklumkan maka kami berpendapat isu itu tidak wujud pada kami.

“Apa yang kita lihat penerusan menteri-menteri kanan, itulah yang kami faham tidak ada jawatan TPM dan yang ada hanya empat menteri kanan.

“Jadi dia (Bersatu) sudah ada dua menteri kanan apahal dia (Bersatu) hendak TPM lagi. Pada ketika ini sudah ada empat menteri kanan, dua daripada Bersatu, satu daripada UMNO, satu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Oleh kerana dia (Bersatu) sudah ada dua menteri kanan saya kira tidak wajar dia tuntut sorang lagi TPM, saya kira tuntutan itu tidak wajar. Seperkara lagi ahli MKT tidak pernah dimaklumkan jawatan TPM ketika Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan daging korban di Benut, di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Bersatu itu menjadi perdana menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad mendakwa perjanjian di antara PN dengan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai jawatan TPM sememangnya wujud.

Malah Marzuki mendakwa, beliau sendiri terbabit dalam penyediaan perjanjian di antara PN yang dianggotai Bersatu, Pas, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) itu dengan perdana menteri. AA

UMNO Tidak Pernah Tahu Kewujudan Perbincangan Jawatan TPM – Ahmad Maslan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker