Rakyat Sri Lanka Bakar Kediaman Perdana Menteri [VIDEO]

Rakyat Sri Lanka bakar kediaman Perdana Menteri [VIDEO]

COLOMBO – Kekecohan tercetus di kediaman rasmi Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe kelmarin, apabila penunjuk perasaan merempuh masuk dan menyalakan api di kawasan tersebut, lapor portal berita MailOnline.

Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai bersorak selepas mencetuskan kebakaran yang berlaku sejurus selepas pengawal keselamatan yang bertugas di kediaman Ranil menyerang sebilangan wartawan di luar rumah.

Asap berwarna merah pula dilihat menjulang ke langit ketika api menyambar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran setakat ini dan polis berkata, Ranil serta keluarganya tiada di rumah semasa perusuh memulakan kebakaran.

Ranil sebelum itu mengadakan pertemuan dengan para pemimpin politik di mana beliau memaklumkan bersedia berundur untuk membuka jalan kepada kerajaan perpaduan.

Namun, usahanya gagal menenangkan penunjuk perasaan yang menyerbu kediaman peribadinya dan membakarnya menjelang malam kelmarin.

Gotabaya dikatakan telah menaiki kapal tentera laut di pelabuhan Colombo dan dibawa ke perairan selatan pulau itu.

Tidak lama selepas penunjuk perasaan menyerbu dan menceroboh Istana Presiden, pejabat tepi laut berdekatan milik Gotabaya turut jatuh ke tangan penunjuk perasaan.

Pasukan keselamatan cuba menyuraikan orang ramai yang menyerbu daerah pentadbiran Colombo pada petang hari yang sama dengan berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran yang berlaku.

Jurucakap hospital utama Colombo berkata, tiga penduduk awam dirawat akibat cedera ditembak di samping 36 yang lain mengalami kesukaran bernafas selepas terperangkap dalam serangan gas pemedih mata.

Kebakaran itu berlaku beberapa jam selepas Ranil berkata bahawa beliau akan meletakkan jawatan berikutan krisis ekonomi yang semakin buruk. – Agensi

Rakyat Sri Lanka bakar kediaman Perdana Menteri [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker